Thursday, June 14, 2012

kisah dogeng pinok dan bubur jagung

sumber: gigils.com



Pinok (bukan nama sebenar) seorang yang sangat obsess dengan bubur jagung. Dia tidak pernah berpeluang merasa walau setitis pun bubur jagung tersebut.

Semuanya bermula saat pinok mula-mula dilahirkan ke dunia ini. Memang ini cerita dongeng, kerana doktor-doktor dan nurse-nurse di hospital bersalin kuala lumpur pernah berkata, tanggal 26 mac 1992 merupakan tarikh keramat yang takkan mereka lupakan. Kerana saat itulah terlakar sejarah, pinok, seorang bayi comel yang genius lahir tanpa menangis seperti bayi-bayi yang lain.

Apa yang terluah dari bibir munggil bayi comel tersebut hanyalah… “nak bubur jagung mak”…

Lantas, emak pinok jatuh pengsan tatkala mendengar anaknya yang paling dia sayang meluahkan kata-kata tersebut dengan suara yang lunak merdu.

Kerana terlalu menyayangi emaknya dan dia tidak mahu emaknya pengsan kerana terkejut, pinok menyembunyikan keinginannya untuk makan bubur jagung sehinggalah dia sudah meningkat dewasa dan menjadi pujaan jejaka-jejaka korea yang kacak-kacak belaka.

namun tuah ayam nampak di kaki, tuah pinok nampak di senyuman dia yang manis itu. Pinok begitu gembira dan teruja tatkala sahabatnya, pauseri (bukan nama sebenar) telah mempelawa dia untuk makan bubur jagung yang dihantar oleh mak andaknya, pausiti (bukan nama sebenar).

Tatkala menjamah bubur jagung tersebut, dia merasakan seolah-olah dunia berputar-putar dengan bahagia. Tanpa dia sedari, wajahnya tiba-tiba bertukar menjadi begitu cun, sehingga ada yang menyangka dia lah puteri negara Paus Berendam, negara yang terkenal dengan harta kekayaan dan rakyatnya yang cantik-cantik belaka.

Rupa-rupanya, bubur jagung mak andak pausiti adalah bubur jagung yang terbaik di dunia kerana bubur tersebut mampu mengembalikan seri dan mengekalkan awet muda jika sebelum makan tidak lupa untuk membaca doa makan.

2 comments:

Unknown said...

bole la b'ganding bahu ngn ain maisarah siapkan cite dongeng sri bangsar :P

pinoc said...

aku da mintak aritu. dia cakap kena tunggu saiz tangan aku berubah jadi saiz "s"

ha...ha...ha