Saturday, December 21, 2013

keluarga lagi penting dari test...

Assalamualaikum~

2 minggu paling paling paling penat dah lepas. sebab apa penat. sebab ni:
-test berderet-deret-deret (semua nak buat minggu akhir, akhir)
-presentation (malam jumaat aritu gua tido 2jam je beb, presentation punya pasal)
-lab reportssss
-anis

"anis" dalam list kat atas bermaksud penulis perlu meluangkan masa menghadiri (pakej sekali dengan jadi penanggah) majlis perkahwinan anis dan pasangannya~

aku macam malas pulak nak membebel potpetpotpet banyak2. jom la kawan2 kita layan gambar.

 (penulis perasan ramai kawan-kawannya menanti-nantikan gambar perkahwinan abangnya, anis dan kakak ipar barunya, kaknad)

debaran terasa~
pengantin belum nikah, dia dah naik pelamin dulu~





hahaha... comelnye mak aku
aku tunjuk cap jempol (tanda bagus) tu maksudnya "yeay, lepas ni aku pulak kawen"
lepas majlis kat melaka (belah perempuan) kitorg pun jalan2 lerr.. pengantin tinggal.

rinddduuuuu danial

persiapan majlis belah lelaki (belah kitorang la)



dah mcm taman bunga pulak. seribu bunga telur la katakan

kesian danial, semua org busy, tak sempat nak main dengan dia :(


ketibaan pengantin~





eh, tiba-tiba ada gamba pengantin lama... hehe. ini lah dia orang besar majlis eh, orang kuat majlis kali ni. kiri tu pengarah projek (beliau dipaksa buat muka sweet) dan sebelah beliau pula penolong pengarah bahagian makanan.

majlis tu berlangsung hari ahad, isnin pagi aku ada kelas (ponteng), tapi isnin nak dekat pukul 3 petang baru aku gerak balik UM, sebab pukul 6 aku ada kelas ganti. mmg fast furious sungguh la aku kat highway itu hari.

mula2 aku nak balik awal la kan, lepas tu pengarah projek cakap kat aku macam ni...

"miza, baik kau balik lambat sikit, tolong mak...."

"tapi aku banyak test la minggu depan, report aku satu pun tak buat, presentation lagi... potpetpotpet..."

"tak, kau balik lambat je. tolong mak kemas rumah. kau punya test tu lulus la, jgn risau"

*kerut muka, buat muka pelik....

maksud pengarah kat sini sebenarnye dia nak bagi tau lah, kalau kita tolong mudahkan kerja mak ayah, nanti Allah pun tolong la mudahkan kerja kita. kan. keberkatan tu penting.

moto aku... keluarga lagi penting dari test

 test inorganic chemistry aritu nasib baik lulus. gua baca sikit2 jeee. ini betul sikit punya baca. tak sempat. sebab aku ada 4 test minggu tu. keberkatan tu penting.

sebenarnye masa umumkan markah ujian haritu (lecturer panggil nama sorang2, lepas tu dia sebut markah) aku berniat mcm ni... kalau aku failed, lepas tu lecturer tanya kenapa, aku nak jawab macam ni...

"abang saya la prof. kita sibuk nak exam, dia sibuk nak kawen"
(jangan terasa ye anis, gua bergurau saja... hoho)

kesimpulannya, walau sibuk macam mana pun kita, luang-luangkan lah masa untuk keluarga. selalu-selalukanlah balik kampung. yeayyyy. balik kampung. yeayy yeay...

No comments: