Thursday, June 14, 2012

aku dan bubur jagung

ape kena mengena lah bubur jagung dgn gamba ni? ah, letak je lah. kan cantik ade lilin-lilin. amek mood nak bercerita


Dulu… aku ada terbaca satu buku ni. Buku cerita bergambar. Masa tu aku kecik2 lagi. Masa baru2 pandai baca, darjah dua kot (ha, lembap kan aku, darjah 2 baru pandai baca. Kesian aku).

gambaran si anak monyet (ini bkn cerita yg aku baca, aku baca buku bhsa melayu je)

Tajuk apa aku dah lupa. Yang penting buku tu cerita pasal anak monyet degil suka makan gula-gula sebelum tido, pastu malas nak gosok gigi. Gigi sakit jumpa doktor. Begitu mudah cerita untuk kanak-kanak…

Apa yang aku suka dalam buku tu…? Aku suka time anak monyet tu balik sekolah petang-petang, mak dia sediakan bubur jagung… time tu aku da berangan sambil terliur, “waaa, sedapnya bubur jagung”. Lukisan pun boleh buat aku terliur. Pelahap sungguh aku ni.



Aku pun terus pergi kat mak aku, cakap mcm ni…



“mak, mak reti tak buat bubur jagung?”



Mak aku pun jawab…



“alah, senang je, dulu mak kecik-kecik, nenek selalu buat bubur jagung. Kenapa?”



Aku :  emm, tak. Tadi akak baca buku monyet tu, mak monyet buat bubur jagung. Macam sedap je…



Mak :  monyet masak pun jadik la engko ni… (part ni aku tambah je sbb aku da lupa, ke mana hala tuju perbualan tu. Yang penting, mmg aku tak pernah merasa makan bubur jagung… )

puan seri yang baik hati...
Tapi ari isnin aritu, 11hb jun, pia punya mak andak anta bubur jagung. Hadui, sedapnyeeee. Jakun aku sejam. Kepuasan terasa.. uhuuu~ tq pia dan mak andak pia juga.. aren pun suka mkn bubur jagung tersebut sampaikan beliau sanggup menjadi org gaji mak andak pia selama seminggu semata-mata nakkan resipi bubur jagung tersebut.

saje nak letak gambo ni. (aku suke le tgk hasil keje aku)


Cerita dongeng ini  ditulis untuk menggambarkan betapa penulis sukakan bubur jagung.



3 comments:

areen said...

bubur jagung. kat BP xpenah mkn. hahaha

pinoc said...

ye. ni lah dia areen yg sanggup menjadi org gaji mak andak pia tersebut~

nadzirah sofia said...

wah, puan seri blink blink..ni pengaruh ain maisarah :P