Tuesday, July 31, 2012

Kerja part 2


Ada benda yang aku lupa nak bagitau utk entry kerja part 1… ada satu hari tu, ada sorang pelanggan Chinese ni dia datang tanya aku pasal celak kaler coklat yang sama dengan warna kening dia tu. Aku tenung kening dia, pastu terlintas kat hati nak buat kening berkerut-kerut sbb aku pelik betul menengoknye kening tersebut. Tapi tak manis la pulak nak buat muka pelik kat depan customer an… pastu aku panggil je lah kak salina. Rupa-rupanya yang warna coklat kat muka dia tu bukan kening, tapi tatu. Kening dia cukur habis. Oh, ada jugak org mcm ni rupanya…

Sekarang nak citer pasal kakak-kakak guardian yang baik2 belaka…




KAK HANUM…


Kak Hanum ni in charge kat guardian summit ni. Kira ketua la kan. Muda lagi kak hanum ni. Masa mula2 jumpa kak hanum ni, dia tegur aku mcm ni…

“eh, pekerja baru ye?”

Aku masa tu tengah menyental dgn bersungguh-sungguh kotoran kat “gondola” sbb teruja kotoran yang degil pun mampu ditanggalkan oleh CIF pun berdiri setempat sambil menjawab mcm ni…

“a’ah, pekerja baru”

Pastu dia hulur tangan nak salam sambil tersenyum dan berkata mcm ni…

“HANUM…”

Aku (dalam hati) : waa… cool la kakak ni. Ada style!

Masa rehat aku pulak sama dengan kak hanum ni, sbb shift kitorang sama kan. Jadi kitorang makan sama2. Time tu la bnyak nasihat yang diberikan. Kak hanum ni ada degree dalam bidang math. Dia kerja kat guardian ni mula dari bawah. Bila dah kerja lama terus la dia boleh naik pangkat. Dia kata peluang kerja tu ada, Cuma kita ni nak dengan taknak je. Tak semestinya kita ada degree tak boleh nak mula dari bawah kan. Lagi satu dia cakap budak2 yg ada degree yang menganggur ni sbb memilih kerja…

Pastu dia suruh aku amek peluang kerja ni untuk tingkatkan soft skill. Sbb dia kata dulu pun dia macam aku jugak. Susah nak memulakan sesuatu perbualan tu. Pastu aku tanya dia mcm ni…

“agak2 kalau kerja sebulan lebih ni, saya boleh berubah terus jadi seorang yang sangat confident tak?”

Dia jawab…

“takdenye lah boleh berubah cepat macam tu…”

Disebabkan aku ni bekerja 11 hari je, jadi aku pun tak bertukar menjadi seorang yang sangat konfiden…

Kak Hanum ni jgk lah yang nak bayar gaji aku personally sbb kalau nak diikutkan aku tak dapat gaji, kerja tak sampai sebulan… aku berenti pun sbb kak hanum suruh call JPA untuk confirm kan balik, betul ke time cuti sem tak boleh kerja. Bila JPA cakap tak boleh je, terus Kak Hanum suruh aku balik. Dia kata nanti kalau aku kena blacklist aku jugak yang susah. Nak kerja senyap2 pun mmg tak bolehlah, sbb kena potong KWSP…


 KAK SURI, KAK BIELA, KAK IMA…


Diorang ni lah yang aku jumpa time mula2 nak mintak kerja…

Kak suri dengan kak ima panggil aku adek. Ceh, rasa muda sentiasa… hehe. Ayat diorang bila aku buat kerja sorang2…

“boleh dek?”

“engkau tak penat ke dek? Rehat berapa minit je ni”

“akak risau la dek tengok muka engkau ni… pucat semacam”

“akak tak tau la nak suruh kau buat kerja ni ke tak dek… nnti penat pulak”

Aku pun  naik heran tiba2 bila diorang ni asyik tanya aku boleh buat ke tak kerja2 tersebut. Muka aku ni macam muka insan yang lemah ke? Hmmmm…

Kak biela pun suka menanye aku boleh buat ke tidak. Kadang2 kan kerja2 mcm ni kena mengangkat kotak, menolak kotak an. Padahal badan kak biela tu lagi kecik dari aku, tapi sbb dia dah biasa agaknye, nampak mcm senang je dia buat. Bila aku nak menolak kotak tu, amek kau. Rasa mcm nak terputus urat kentut aku. tapi bila dah lama2 ckit, ok lah…




KAK SALINA…



Ha, ni kak salina. Aku suka dengar pengalaman2 dia, kisah2 cinta yang menggamit perasaan dan kisah2 duka yang menggentarkan jiwa…

Kak Salina ni selalu belanja kitorang cool blog. Baik hati beliau. Pastu, dia jugak lah yang dulu kan duit dia untuk gantikan RM 100 duit palsu yang aku dapat tu. Kak salina ni pernah kerja kat hospital putra, kat bahagian buah pinggang, tapi atas sebab2 tertentu, dia berenti kerja.

Kak salina ni lah yang syorkan aku makan satu jenis supplement yang dipanggil gingko ape ntah, untuk kuatkan daya ingatan aku. ye lah, aku ni pelupa sebenarnye. Tu ler kelemahan diri ku. Walaupun aku ni kiut, tapi aku ni sedikit pelupa, labang (pekak tahap minima sbb selalu pki earphone) dan sedikit lambat pick up kalau tgh berbual.

Tapi, setiap insan kan ada kelemahan dan kekuatan diri masing2, ye dak? (sedapkan hati)



Alah, tgk gamba ni baru aku ingat. Ada sorang lagi pekerja lelaki melayu terakhir kat guardian tu. HAFIZ (part-timer). Dia ni UM jgk. Kolej 2. Tgk je muka mcm tu. Suare sedap beb. sedap ke, ntah aku pun tak pernah pulak dengar dia menyanyi. Tapi yang penting dia masuk FESENI, nasyid tu. Boleh la kenenkan dengan FAZ retiss CG…

ni masa mengemas barang untuk pindah ke square one
ni pulak tadi, kat squre one. aku pulang baju-bajuan

patutnye aku pun pki baju seragam diorang tu... sobsob
tak tahu lah, mereka ni happy tgk aku ke, happy tgk kamera. hehe
sporting an...






4 comments:

nadzirah sofia said...

dpt la pengalaman 11 hari bekerja...hehe

Fida malek said...

Best sgt lw dpt kwn2 skerja yg sporting mcm tu.. Harap2 nti tmpat sy kja pn mcm tu..😊

Shazwani Sallehuddin said...

haii boleh tahu tak mcmmana cara perbayaran gaji?

Shazwani Sallehuddin said...

haii boleh tahu tak mcmmana cara perbayaran gaji?