ini post sedih dan panjang. aku nak luahkan kesedihan yang bersarang di hati sepanjang seminggu jadi anak rantau di bulan ramadhan ni.
aku jadi anak rantau ni pun sbb nak buat sikit-sikit dulu projek tahun akhir aku. nnti da naik sem takda la kelam-kabut sgt.
AHAD (14 JULAI 2013) puasa ke-5
1. kena kejar
- citernya mcm ni. masa nak balik KL tu, dak nisak cadangkn untuk lalu muar-melaka-simpang ampat-highway-KL. aku pulak nak lalu highway PAGOH je, sebab aku tak suka lalu simpang ampat tu, banyak traffic light--> pening kepala. tp sbb dia yg nak bawak keta, makanya ikut suka dia lah.
- pastu, tiba2 je ada keta kancil ni konon2 nak potong ADAMMUKHRIZ (kancil kitorg), tp dia tak potong pun, dia bawak seiring dgn kitorg, pastu bukak tingkap, lambai2.
"aiii, dah kenapa pulak ni?"
aku mula2 cool je, tp bila nisak kata takut, aku pun ikut takut. aku suruh nisak bawak laju lagi, nisak ikut cakap aku, kitorg tinggalkan keta tu, tp keta tu potong balik. dan stay kat sebelah kitorng. ini bahaya.
tp kancil tu takda la ikut kitorng sampai highway simpang ampat.
menyampah aku dgn budak lambai2 tu. mentang2 la kitorang perempuan. tunjuk hero la konon. kalau ada ayah aku tu, dah lama dah kena belasah dush dush dush sampai lembik. padan muka. (ni berangan je, mana ada ayah aku nak pukul org sampai lembik. ayah aku kan bekas tentera laut, kejenye tangkap ikan je)
2. cari kolej.
- mula2 nak duduk rumah makcik aku je, tp sbb makcik aku jarang ada kat rumah, kena lah duduk kolej.
start duduk kolej ni, baru lah kesedihan yang nyata bersarang di hatiku.
SALA JALAN--> MENANGIS DALAM KERETA
kenapa? kenapa? kenapa sala jalan ni? |
Suatu hari tu, lepas habis kerja lab (xdelah buat experiment, duduk dlm lab tu pahamkan projek je dulu), aku pun nak pergi umah mkcik aku kejap sbb nak ambik barang. mula2, jln mcm clear. sekali dah nak keluar UM tu, dia punya sesak boleh buat orang puasa hilang saba. tp aku saba lagi. nak dekat 2 jam jugak la baru sampai rumah mkcik aku. aku gerak dari UM pukul 4.30pm, sampai, dlm 6.10 gitu.
lepas solat asar terus la gerak balik um. sbb makcik aku takda kat umah.
nak balik UM tu ha, mcm mana entah khayalan pikir nak buka mee goreng mamak, sedar-sedar dah sampai tol sungai besi. aku da sala jalan. jadi kena lah u-turn dekat UPM. tp mcm mana entah aku ter"lalu" laluan nak ke the mines.
"aik, mana u-turn ni? eh! ni nak pegi the mines. apa la bengong sgt lalu sini, dah la jem"
saba lagi....
kaki sakit sebab tekan clutch, tuka gear.
saba lagi...
bila keta langsung tak gerak, dah nak gelap tanda-tanda dah nak masuk waktu berbuka...
hilang sabar...
tapi nak marah diri sendiri sebab khayalan sampai sala jalan, mcm kerja yang sia-sia. jadi jalan terakhir nak meluahkan semua rasa di hati---> menangis.
dasyat punya menangis. sampai teresak-esak, tersedu-sedan...
"emak..... akak taknak berbuka dalam kereta. xda makanan dlm ni. akak tak nak berbuka sebab korek idung.. sobssobs.. emakk. warrgghhhh!!!! " sambil letak kepala kat stereng, tepuk2 stereng. dah mcm frust bercinta gayanya.
lantak lah klu orang kat kereta sebelah nampak.
tapi sebab takut batal puasa, aku berenti lah menangis. mungkin ada hikmah la tu aku sala jalan. mesti ada hikmahnya. tak pernah-pernah aku sala jalan, tiba-tiba ja aritu pulak boleh terkhayal.
tapi aku berjaya jugak sampai um sebelum waktu berbuka.
PERKARA SEDIH LAIN:
untuk short sem ni, aku duduk kolej 5, sbb klu duduk kolej satu mmg aku krikkrik la kat situ sorang. kat sini ada lah jugak budak kimia 3 ketui, campur aku, jadilah 4 ketui.
tp bilik lain2. aku duduk sorang, sbb roommate aku xsampai lg. dia tinggal laptop je kat atas meja dia. barang lain takda. aku musykil jugak. mcm ada satu citer tu. mcm ni bunyinya...
Salamah merupakan seorang pelajar universiti yang tinggal di kolej bersama seorang teman sebiliknya, samosa. samosa hanya ada di biliknya pada waktu malam. apabila salamah bangun subuh, samosa sudah tiada di bilik. bila ditanya, samosa mengatakan kelasnya bermula seawal pagi. kejadian ini berlanjutan selama satu semester. suatu hari, apabila salamah ingin memulangkan kunci kerana cuti semester telah pun bermula...
"adik tolong tanda tangan kat sebelah nama adik tu ye. kat ruang bilik no.ZX444", kata kak ros, pekerja pejabat kolejnya.
"oh, ok....ni dia kak. tapi akak tertinggal nama roommate saya tu. Samosa bt Sambalikanbilis. dia blum pulang kunci lagi kak", kata Salamah, dengan niat ingin dapat pujian sebab dah tunjukkan kesalahan org pejabat.
"oh, akak lupa la tu. ok, tq dek"
Salamah berlalu dengan riang gembiranya. sementara di dalam pejabat kolej...
"nasib kau lah budak. samosa tu dah lama takda kat dunia ni lepas mati mengejut tercekik biji guli.."
-cerita ni aku pernah terbaca, tp tak tau dri mana, jadi aku buat la balik sambil tambah2 ikut suka aku
aku riso la jugak pasal roommate aku ni. tp sebelum aku masuk sini, aku dah tgk dah kat borang ada nama dia. insyaAllah manusia sebenar.
tapi satu malam tu, sebelum terlelap aku tgk la fesbuk. tiba-tiba ada la manusia ni pegi post gamba antu dalam keta. teringin sgt agaknya nak jadi antu. dah sampai sekarang aku tido bukak lampu.
roommate aku sampai skrang tak sampai-sampai.
sehari sebelum jadi perantau di bulan puasa. muka riang gembira |
2 comments:
Panjang laaaa mueheheh malas bace :3 heee taklaaa, kite serupa la kak oii hmmm sem depan mmg takde laa short sem
Kesian nye kakak2 aku short sem masa bulan puasa. Takpe, besar ganjarannyaaa. Amin amin -Nina
Post a Comment