Tuesday, July 31, 2012

pesan Atuk


Hari tu aku balik kampong… aku dengan mak aku je. NISAK tak ikut, sbb ape? Sbb nak tengok “how I met your mother” marathon. Dari pagi sampai ke petang, 23 episode, mengadap la engkau depan tv dengan abang kesayangan beliau, HANIS…

Atuk aku ni rajin beli surat khabar. Aku ni pun memang rajin sangat baca surat khabar, rajin baca tajuk je. Bila sampai kat bahagian iklan tentang kereta2 mewah aku pun tenung la iklan tu lama2… dan otak aku pun melayang…

TOYOTA HARRIER, from RM109k… (Secondhand)

Hmmm… kalau aku amek pinjaman katalah 9 tahun, ada 108bulan… satu bulan aku kena bayar seribu lebih . Mmg tak la, baru2 kerja nak pki kereta2 mewah ni. Secondhand pun tak mampu beb. Sadis betullah.

Ah, tak pe lah. aku carik la laki kaya buat jadi suami… HOHOHOHO

“KAKAK!”

HOHOHOHO~

“KAKAK!!!!”

“eh, ye tok, nak opo tok?”, macam baru tersedar dari mimpi…terkeluar bahasa jawa yang tak mcm jawa sgt bila aku yang menyebutnye…

“ni, atuk cakap engkau dengar ye”

Serius pulak atuk aku hari ni. Mungkin dia nak bagi tazkirah sikit kot sempena bulan ramadhan ni…

“engkau kalau nak carik lelaki….”, atuk aku belum abes cakap aku dah potong.

“eh atuk ni, akak mana ada…”, aku belum abes cakap, atuk aku pulak dah potong balik. Tgk, tuhan nak tunjuk tu sekejap je. Kat dunia lagi aku dah dapat balasan.

“kalau nak carik lelaki, carik sekarang la, kat unibersiti. Nanti dah habis belajar susah tau”

Erkk, baru je berangan nak carik yang kaya tadi. Berangan je la. Kenyataannye, mestilah aku cari lelaki yang beriman. Tak kaya pun tak pe la, rezeki tu Allah yang bagi. Tak hensem sangat pun tak pe, janji kiut tu ada~

“alah, kena carik sekarang ke tok?”

“ye la! Nanti dah kerja susah. Tak de masa nak cari dah. Nnti jadi mcm si polan dan si polan tu, dah tua tak kawen lagi. Kalau kawen pun susah dah nak dapat anak”

“astaghfirullahalazim. Xde la akak sampai tua pun xde calon atuk ni pun. Nauzubillah. sekarang akak xde masa tok. Kena belajar. Nanti kalau akak layan laki, mana ada masa nak baca buku tok” (alasan)

“aku bukan suruh kau layan lelaki! Aku suruh kau cari calon suami. Cakap dengan dia masuk meminang bila dah habis belajar nanti”

Aduh! Masuk meminang la pulak. Apa aku nak jawab ni...

Tiba-tiba nenek pun bersuara yang membuatkan aku tersengih macam kerang masak sambal, emm sedapnye.

“alah, kakak kan cantik….

HEHEHEHEHE~

“takkan takde yang suka?”

Hah, masa untuk ceriakan suasana…

“isyh… jangan tanya nek. Ramai! Macam ni…” (tangan kanan menepuk belakang tangan kiri sebanyak 2 kali sambil buat muka serius)

Hah, kan betul, atuk dengan nenek ketawe. Mak pun join sekali.

Mak pun bersuara…

“tu le, bila ditanya, jawabnye macam ramai sangat je tergila-gila kan dia tu”

“alah, nnti akak dah habis belajar, mak, ayah, atuk, nenek, abang, kakyat, anis, nisak, nina, DANIAL berjemaah la carikan calon suami untuk akak. Tak lama dah. Lagi 2 tahun setengah je (InsyaAllah)”

Hmmm… perlu ke cari? Kalau aku tunggu jatuh dari langit tak boleh ke? Aku ni bukan apa. Muka aku ni memang la kadang2 orang cakap muka mintak pelempang (cis), tapi hati aku ni lembut tau. Mudah terluka. Aku tak rela hati aku berparut untuk insan yang tidak pasti menjadi teman hidup aku dunia akhirat…. (ceh, jiwang gua bhai!)

Sebelum ni aku ada la tanya kawan, sahabat dunia akhiratku … pau seri(bukan nama sebenar). Dia dah ade lah pengalaman berchinte ni sume ni kan. Dia kata kat aku mcm ni…

“kau tak payah bercinta la pinok… bercinta ni lagi banyak yang pahit dari manisnye” (masa ni dia panggil aku pinok lagi, sekarang nak senang dia panggil aku NOK je)

Lagi banyak pahit dari manisnye… (pau seri, 2012)

Ceh, siap ada citation beb~

4 comments:

Anonymous said...

haahah.. nok, bdak geology tu kan mcm syok kat kau... haha.. ade calon dah tu tok!! hahhahahhaha
from: u know who :) *aku mls sign in*

pinoc said...

budak geology mana lah pulak engko ni... oiii, you know who! naik cuti sem sila lah bawak kuih raya banyak2 ye

Unknown said...

i like pau seri :D

pinoc said...

pia: aku sebenarnye risau jgk nak letak nama pau seri tu, takut org sebenar kecil hati... sobsob