aku kat dalam bilik berniat nak sambung tido selepas menerima panggilan dari PUAN SERI bercerita dengan teruja tentang itu dan ini berkaitan tentang pelajaran beliau memandu kereta. tapi niatku terhalang tatkala terdengar dengan sayup-sayup suara ibuku. "sepertinya ibuku itu sedang marah ya... siapa pula yang bisa membuat ibu ku marah selain aku?"
oh. adik aku dak nisak rupanya yang kena marah. yeay, yeay, nisak kena marah. padan muka dia. pelik jugak aku, anak kesayangan kena marah sampai begini rupa. kena curi dengar ni....
emak: sukati engko la nisak. engko nak carik kerja sangat kan? nak berdikari sangat kan? hah, pergi la carik kerja naik bas sana. jangan nak ngengade meminjamnye kete aku.
alah, dah habis mara ke? aiseymen. tertinggal babak2 yang menarik le...
aku: eh mak. nak pegi mana ni? pagi2 buta mcm ni bawak kete. jap2. akak nak ikut. akak mandi 2minit je...
emak: ah tak payah. dah lambat aku nak pegi sekolah. pagi2 buta apa mcm ni. nak dekat pukul 11 dah. membuta je keje. elok sangat la tu baca novel sampai 3-4 pagi, lepas subuh sambung tido. mcm mana rezeki nak masuk, blablablabla.... (sambil berlalu pergi ke sekolah)
nisak---> diam tak berkutik memandang handset beliau yang tak canggih sangat tu. eleyh, mcm la hanset tu ada instagram... tak payah nak tenung lama2 la.
aku: oii nisak! engkau ni dah kenapa? dah macam tahi kucing je muka tu..
nisak: tak, nisak nak carik kerja la kak kat summit. tapi mak tak bagi pinjam keta. kena naik bas pulak...
kesian la pulak aku mendengornye... jadi aku pun ikutkan je la budak tu mencari kerja.
Last2 aku pun dapat kerja. Dua syarikat (ceh) call aku suruh datang kerja… UO dengan Guardian. tapi aku pilih UO, sbb diorang call dulu. Nisak pulak kerja kat kedai buku perintis.
Tapi disebabkan kat UO ni dia benarkan solat asar pukul 7.00 mlm, jadi aku pun nekad abis kerja je terus buat muka tak tau malu pegi guardian tanya macam ni…
“aaaa, kak (senyum2 mcm kerang busuk). Tawaran kerja semalam kosong lagi tak?”
Besoknya, aku pun kerja la sebagai cashier merangkap sells assistant di Guardian. banyak benda yang aku belajar kat Guardian ni sebenarnye. Ada yang best. Ada yang tak best sangat. Yang bestnye bila aku boleh tau le sikit2 pasal vitamin2 atau makanan2 tambahan yang sesuai untuk kita-kita ni an. Contohnya, kalau kita ni selalu senggugut, boleh la makan satu jenis supplement untuk stabilkan hormone tu. Ape ntah nama, aku lupa la pulak. Lagi satu kalau nak beli makanan tambahan yang jenis kapsul, adalah lebih baik kalau kita pilih yang jenis “VEGECAPS”. Maksudnya, kapsul tu dibuat dari bahan2 sayuran macam rumpai laut kalau tak salah aku…
Hmmm, apa lagi ek? Ha, ada lagi satu. Kalau nak tanggalkan apa2 jenis kotoran kat permukaan meja ke apa ke an, boleh la pakai CIF. Bekas2 selotip pun boleh tanggal bhai. Jakun aku beb masa mula2 pakai cif tu. Gosok2, hilang. Gosok2, hilang. Berbaloi-baloi…
Hah, pastu kan, pastu kan.. ada satu malam tu, aku jadi cashier, lepas bagi duit baki, aku pun macam biasa la kan, cakap mcm ni… “terima kasih, datang lagi” (sambil tersenyum)… pastu makcik tu pandang aku, dia ckp mcm ni…
“isyh, lawaaanye…” (hehe)
Aku pun excited nak balik, nak cerita kat mak aku pengalaman indah tu. Tapi malam yang sama tu jugak lah aku dapat duit palsu RM 100. Salah aku jgk, excited nor nak balik, sampai scan duit pun boleh lupa. Tu pelanggan terakhir. Haisy. Malas pulak aku nak cerita. Tak payah citer la. Yang penting, aku jugak le yg kena menggantinya.
1 comment:
takpe nok, duit raya ko dah byk..hehe
Post a Comment