Hari
tu aku balik kampong… aku dengan mak aku je. NISAK tak ikut, sbb ape? Sbb nak
tengok “how I met your mother” marathon. Dari pagi sampai ke petang, 23
episode, mengadap la engkau depan tv dengan abang kesayangan beliau, HANIS…
Atuk
aku ni rajin beli surat khabar. Aku ni pun memang rajin sangat baca surat
khabar, rajin baca tajuk je. Bila sampai kat bahagian iklan tentang kereta2
mewah aku pun tenung la iklan tu lama2… dan otak aku pun melayang…
TOYOTA
HARRIER, from RM109k… (Secondhand)
Hmmm…
kalau aku amek pinjaman katalah 9 tahun, ada 108bulan… satu bulan aku kena
bayar seribu lebih . Mmg tak la, baru2 kerja nak pki kereta2 mewah ni. Secondhand
pun tak mampu beb. Sadis betullah.
Ah,
tak pe lah. aku carik la laki kaya buat jadi suami… HOHOHOHO
“KAKAK!”
HOHOHOHO~
“KAKAK!!!!”
“eh,
ye tok, nak opo tok?”, macam baru tersedar dari mimpi…terkeluar bahasa jawa
yang tak mcm jawa sgt bila aku yang menyebutnye…
“ni,
atuk cakap engkau dengar ye”
Serius
pulak atuk aku hari ni. Mungkin dia nak bagi tazkirah sikit kot sempena bulan
ramadhan ni…
“engkau
kalau nak carik lelaki….”, atuk aku belum abes cakap aku dah potong.
“eh
atuk ni, akak mana ada…”, aku belum abes cakap, atuk aku pulak dah potong
balik. Tgk, tuhan nak tunjuk tu sekejap je. Kat dunia lagi aku dah dapat
balasan.
“kalau
nak carik lelaki, carik sekarang la, kat unibersiti. Nanti dah habis belajar
susah tau”
Erkk,
baru je berangan nak carik yang kaya tadi. Berangan je la. Kenyataannye,
mestilah aku cari lelaki yang beriman. Tak kaya pun tak pe la, rezeki tu Allah
yang bagi. Tak hensem sangat pun tak pe, janji kiut tu ada~
“alah,
kena carik sekarang ke tok?”
“ye
la! Nanti dah kerja susah. Tak de masa nak cari dah. Nnti jadi mcm si polan dan
si polan tu, dah tua tak kawen lagi. Kalau kawen pun susah dah nak dapat anak”
“astaghfirullahalazim.
Xde la akak sampai tua pun xde calon atuk ni pun. Nauzubillah. sekarang akak
xde masa tok. Kena belajar. Nanti kalau akak layan laki, mana ada masa nak baca
buku tok” (alasan)
“aku
bukan suruh kau layan lelaki! Aku suruh kau cari calon suami. Cakap dengan dia
masuk meminang bila dah habis belajar nanti”
Aduh!
Masuk meminang la pulak. Apa aku nak jawab ni...
Tiba-tiba
nenek pun bersuara yang membuatkan aku tersengih macam kerang masak sambal, emm
sedapnye.
“alah,
kakak kan cantik….
HEHEHEHEHE~
“takkan
takde yang suka?”
Hah,
masa untuk ceriakan suasana…
“isyh…
jangan tanya nek. Ramai! Macam ni…” (tangan kanan menepuk belakang tangan kiri
sebanyak 2 kali sambil buat muka serius)
Hah,
kan betul, atuk dengan nenek ketawe. Mak pun join sekali.
Mak
pun bersuara…
“tu
le, bila ditanya, jawabnye macam ramai sangat je tergila-gila kan dia tu”
“alah,
nnti akak dah habis belajar, mak, ayah, atuk, nenek, abang, kakyat, anis,
nisak, nina, DANIAL berjemaah la carikan calon suami untuk akak. Tak lama dah.
Lagi 2 tahun setengah je (InsyaAllah)”
Hmmm…
perlu ke cari? Kalau aku tunggu jatuh dari langit tak boleh ke? Aku ni bukan
apa. Muka aku ni memang la kadang2 orang cakap muka mintak pelempang (cis),
tapi hati aku ni lembut tau. Mudah terluka. Aku tak rela hati aku berparut
untuk insan yang tidak pasti menjadi teman hidup aku dunia akhirat…. (ceh,
jiwang gua bhai!)
Sebelum
ni aku ada la tanya kawan, sahabat dunia akhiratku … pau seri(bukan nama
sebenar). Dia dah ade lah pengalaman berchinte ni sume ni kan. Dia kata kat aku
mcm ni…
“kau
tak payah bercinta la pinok… bercinta ni lagi banyak yang pahit dari manisnye”
(masa ni dia panggil aku pinok lagi, sekarang nak senang dia panggil aku NOK
je)
Lagi banyak
pahit dari manisnye… (pau seri, 2012)
Ceh,
siap ada citation beb~
4 comments:
haahah.. nok, bdak geology tu kan mcm syok kat kau... haha.. ade calon dah tu tok!! hahhahahhaha
from: u know who :) *aku mls sign in*
budak geology mana lah pulak engko ni... oiii, you know who! naik cuti sem sila lah bawak kuih raya banyak2 ye
i like pau seri :D
pia: aku sebenarnye risau jgk nak letak nama pau seri tu, takut org sebenar kecil hati... sobsob
Post a Comment