Thursday, July 5, 2012

me"reject" tidak berhemah

assalamualaikum w.b.t...

seperti yang dijangka, permohonan aku yang pemalas nak aktif kolej ni pun dah sedia maklum di reject tanpa belas kasihan... sobsob~ padan muka aku.

jadi sekarang tiba-tiba je aku nak ceritakan pengalaman aku semasa budak2 hingusan dulu yang suka mereject org dgn cara yang tak berhemah.... *ade kaitan ke dgn di reject kolej....?



darjah 4... (time ni, ke"brutal"an aku mmg di tahap tidak terkawal)

situasi: aku duduk mencangkung (org lain duduk bersila) di tapak perhimpunan semasa hari sukan sambil mengharap nombor aku bertuah untuk di seru cikgu pengacara majlis...

aku: Ya Allah, mintak2lah nombor aku bertuah. aku teringin nak dpt hadiah cabutan bertuah tu. sedapnya jajan. (berdoa dgn volume separuh kuat, time ni aku duduk dgn sopan santun la, doa kan)

budak "ttuuuuttt" pandang2 aku, dengan sengihan tak jemu2....lalu berkata,

"doa, doa... nnti dah dapat nak sikit"

aku (tanpa perasaan): boleh,boleh. kau doa la sekali untuk aku. cepat lah doa. cepat, cepat. tersengih-sengih!

lepas tu cikgu umumkan nombor bertuah yang terakhir. memang bukan aku la. xde rezeki. tapi aku tenung je jajan tersebut. mengharap orang yang ada nombor bertuah tersebut takkan kunjung tiba.

ouh, aku gembira. rupa-rupanya adik aku dak nisak yang dapat hadiah tu. balik rumah mmg aku pau engko nisak.

pastu budak "tuutt" ketawe2....dia ckp mcm ni,

"haha, kau doa, adik kau pulak yang dapat.. hahahaha"

aku (dlm hati): apahal kau ketawe sungguh2 ni? tak kelakar pun. mcm mana kau tau tu adek aku? terkenal jgk adek aku ni.

aku (realiti): hehe, a'ah la.. takpe la, nnti kat rumah aku yang makan sampai habis...

seminggu selepas kejadian (kot, aku tak ingat), tersebar la khabar angin budak "tuuttt" tu syok kat aku. kirim-kirim salam... pandang2, jeling2 (uweekk-uweekk)...biasalah, bdk2, suka2 sikit, kirim salam.

tapi aku buat bodo je la kan. takde perasaan dengan rakan2 sebaya ni. walaupun aku risau sebenarnye dengan kaba2 angin ni an. yelah..aku selalu pikir mcm ni..kang abang, adik aku tau, mesti kena ejek mcm ni... "miza love tuuuttt".. "miza suka tuuuttt"...

sejak tu, aku memang tak tegur langsung si tutt, pandang pun tidak. time tu aku rasa bengang sgt. nasib baik lah aku ni pandai (cis), masuk kelas pertama. dak tu kelas kedua. jadi takdelah kekok sgt. aku heran betul lah. seingat aku, time hari sukan tu sekali je aku tegur tuuuttt. takkan tu pun boleh jatuh suka kot. ah, lantak lah. lama2 tak suka la tu....

tapi......

SETAHUN KEMUDIAN...

dengan usaha beliau bersungguh-sungguh, dak "tuuuttt" tu pun boleh lompat masuk kelas aku. adoi. kacau betollah. aku ni dah le panas dengan gosip2 tak bertauliah ni. kalau ikut darah muda aku ni, karang tak pasal-pasal dak "tuutt" tu pulak kena tengking dengan aku kang. kirim2 salam kat anak dara orang. kalau anak jantan, meh la berdiri depan aku, bagi salam depan-depan....

suatu hari kat sekolah agama, ustazah kelas aku bagi tazkirah pasal batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. bagus ustazah ni. tekankan hal2 mcm ni kat budak2. tapi, tiba2 dia panggil nama aku. ni dialog dia... mmg aku tak boleh lupa punya.

"siapa hamizah? (aku angkat tangan). saya dengar awak dengan "tuuuttt" tu bercinta ye. awak jaga sikit batas tau. awak tu perempuan. malu. jaga maruah awak, maruah keluarga awak.."

terkedu....tersenyap...tak jawab apa-apa...

itu jam, aku rasa muka aku ni kalau kena langgar dengan badak pun tak keluar darah. maluuuu sangat. dah la aku ni lompat kelas. kawan2 aku yang lain sekolah agama darjah empat, aku dah darjah lima. jadi budak-budak kelas aku time tu semua tua setahun, 2tahun. 3tahun. diorang pandang sinis je kat aku.

siapa lah nak perdajal aku. bawak cerita bukan-bukan. sampai ustazah pun boleh anti dengan aku. aku memang bengang sangat2. rasa macam nak sepak orang. tapi aku tahan je, sampai menggigil, sejuk tangan aku. tunggu masa je nak meletop bom kebabom.

besok bangun pagi dah lupa. pegi je lah ke sekolah tanpa rasa bersalah. tiru kerja sekolah budak pandai dengan bersungguh-sungguh.

tapi mood baikku tidak lah berpanjangan sehingga tamat waktu sekolah. boleh pulak ada sorang budak kelas aku ni gi sampaikan salam budak "tuuuttt" kat aku. padahal beliau ada tiga baris je depan aku...

aku dengan tidak semena-menanya menginga tanpa amaran... (amek kau, bombastik seyh ayat gua)

aku bangun sambil tolak kerusi kayu kuat-kuat. pastu aku dengan rasa marah yang dominant dari rasa malu (apa ayat aku ni) pegi berdiri depan budak tu dengan macho lagi bergaya. aku cakap slow je dgn dia...

"engkau apahal nak kirim-kirim salam kat aku?"

"bukan aku. budak ni yang pandai-pandai. aku kirim salam semalam. hari ni tak"

oh, tak nak ngaku. bikin panas. terus je aku teringat kejadian di sekolah agama. pastu dah takde dah slow-slow talk. terus je aku menengking...

"aku memang tak suka kau nak kirim-kirim salam kat aku. pastu entah siapa entah yang citer aku pun syok kat engko. aku tak hingin la kat engko (melampau seyh aku, ckp tanpa pikir perasaan orang tu). lepas ni, aku tak nak dengar lagi kirim-kirim salam ni! faham! faham tak?!" terus je aku capai botol air atas meja tu, pastu aku campak. kena lah kepala dak MUJIB (HAHAHA, kelaka2. time ni aku nak ketawe da menengok muka mujib tu, tapi aku tahan)

nasib baik lah aku baling tak kuat...  pastu aku sambung tiru keje sekolah....

sejak hari tu, takde dah gosip miza love tuuuttt... darjah 6 dia pindah kelas. takut agaknye dengan aku. sampai kesudah aku tak tegur tuttt...

tapi.... timbul pulak gosip miza love teeettt...

DARJAH 6....

si teettt ni memang member aku, sbb dia duduk dekat2 je dengan aku kat dlm kelas tu. tapi aku tak sangka pulak kebaikan aku ni disalah erti (ceh). tapi aku rasa dia ni nak rahsiakan perasaan dia yang meluap-luap tu daripada aku. tapi member-member dia lah yang kecoh-kecoh dalam kelas. budak2 kelas aku jgk la kan. jadi bila dah sampai je kat pengetahuan aku, terus je aku sound depan-depan dia kat situ jugak. sebab aku ralat. aku takut nanti kalau aku biarkan je khabar angin puspus ni berleluasa, satgi ustazah tau, aku pulak kena sound kat depan org ramai... jadi sebelum aku di sound, baik aku yang sound org yg bertanggungjawab.

begini dialog aku menghalang khabar angin puspus dari tersebar...

"engkau suka aku eh?" sound dengan nada yang rendah.

senyap....

aku pulak yang panas hati...

"aku tanya ni, kau suka aku ke tidak?! hah, apahal senyap? apahal pandang lantai? amboi-amboi. bukan main lagi kan. suka, suka. ingat aku suka ke? lepas ni, aku dengar lagi pasal bende-bende macam ni, aku bakar beg engkau"

aku pun duduk tempat aku... minum air. timbul pulak rasa bersalah...

teeettt mengomel perlahan-lahan. tapi aku boleh dengar...dah duduk dekat-dekat.

"bodo seyh korang ni. senyap-senyap dah la. itu pun nak bg tau. hisyh"

balik rumah terus je aku citer kat mak dgn adik aku. pakej dengan kes setahun lepas. mak aku cakap, lain kali jangan nak marah macam tu. sbb dulu ada budak kg mak aku sewel kena bomoh sbb maki lelaki yang suka dia. peh, aku terus takut. mak aku kata, tak payah nak cakap-cakap dengan budak laki sangat. ckp bila perlu je.

pastu adek aku pulak ckp mcm ni...

"ouh, patut lah "tuuuuttt" tu dah tak bagi nisak duit dah. kalau tak selalu bagi nisak duit 2ringgit. seminggu dua tiga kali jgk la dia bagi"

aku (dlm hati): alah, patut bagi aku tu. kan bagus kalau kirim duit senyap2, tak payah kirim salam. dapat jugak aku beli ayam goreng cicah sambal 2 ketul tiap2 hari....

dan sampai sekarang, aku tobat taknak tengking2 orang lagi dah. takut kena bomoh jadi sewel. klu orang kirim2 salam, aku senyap je. takut seyh aku.


haisy...bila lah aku nak mintak maaf dgn budak2 tu? jahat betul lah aku ni.. tapi takpe kot. mesti diorang faham kan, budak2, mana la pikir panjang. alah, bende dah lama. mesti diorang dah lupa dah tu. 






7 comments:

nadzirah sofia said...

cik mizah garang..haha

Ananomos. said...

Kau pandai buat lawak. Hebat.

azi saje! said...

uuuuuu,, mizah hot setap :P zaman sekola menengah tade? zaman pasum dgn degree? hhehehhe,,,,

«-°[§nºw.ªngè£]°-» said...

haha! garang ! kte mase skolah pn garang smpai org pggil singe betina =.=" aisehmennn~
budak²..biase la :p keke~ best bace ^^

zacky786 said...

hahhaa.. klaka giler..
boleh ingat tu knangan terindah zmn sek dlu..

haziq ezwan said...

Blog kau ke pinok?pndai kau bcrite. Best2. X yarh ak beli komik lg

pinoc said...

blog aku ni ada turun naiknye. kadang2 kelaka, kadang2 aku sendiri baca pun macam nak termuntah rasanya~ hehe... tq haziq :)