Tuesday, July 31, 2012

Kerja part 2


Ada benda yang aku lupa nak bagitau utk entry kerja part 1… ada satu hari tu, ada sorang pelanggan Chinese ni dia datang tanya aku pasal celak kaler coklat yang sama dengan warna kening dia tu. Aku tenung kening dia, pastu terlintas kat hati nak buat kening berkerut-kerut sbb aku pelik betul menengoknye kening tersebut. Tapi tak manis la pulak nak buat muka pelik kat depan customer an… pastu aku panggil je lah kak salina. Rupa-rupanya yang warna coklat kat muka dia tu bukan kening, tapi tatu. Kening dia cukur habis. Oh, ada jugak org mcm ni rupanya…

Sekarang nak citer pasal kakak-kakak guardian yang baik2 belaka…




KAK HANUM…


Kak Hanum ni in charge kat guardian summit ni. Kira ketua la kan. Muda lagi kak hanum ni. Masa mula2 jumpa kak hanum ni, dia tegur aku mcm ni…

“eh, pekerja baru ye?”

Aku masa tu tengah menyental dgn bersungguh-sungguh kotoran kat “gondola” sbb teruja kotoran yang degil pun mampu ditanggalkan oleh CIF pun berdiri setempat sambil menjawab mcm ni…

“a’ah, pekerja baru”

Pastu dia hulur tangan nak salam sambil tersenyum dan berkata mcm ni…

“HANUM…”

Aku (dalam hati) : waa… cool la kakak ni. Ada style!

Masa rehat aku pulak sama dengan kak hanum ni, sbb shift kitorang sama kan. Jadi kitorang makan sama2. Time tu la bnyak nasihat yang diberikan. Kak hanum ni ada degree dalam bidang math. Dia kerja kat guardian ni mula dari bawah. Bila dah kerja lama terus la dia boleh naik pangkat. Dia kata peluang kerja tu ada, Cuma kita ni nak dengan taknak je. Tak semestinya kita ada degree tak boleh nak mula dari bawah kan. Lagi satu dia cakap budak2 yg ada degree yang menganggur ni sbb memilih kerja…

Pastu dia suruh aku amek peluang kerja ni untuk tingkatkan soft skill. Sbb dia kata dulu pun dia macam aku jugak. Susah nak memulakan sesuatu perbualan tu. Pastu aku tanya dia mcm ni…

“agak2 kalau kerja sebulan lebih ni, saya boleh berubah terus jadi seorang yang sangat confident tak?”

Dia jawab…

“takdenye lah boleh berubah cepat macam tu…”

Disebabkan aku ni bekerja 11 hari je, jadi aku pun tak bertukar menjadi seorang yang sangat konfiden…

Kak Hanum ni jgk lah yang nak bayar gaji aku personally sbb kalau nak diikutkan aku tak dapat gaji, kerja tak sampai sebulan… aku berenti pun sbb kak hanum suruh call JPA untuk confirm kan balik, betul ke time cuti sem tak boleh kerja. Bila JPA cakap tak boleh je, terus Kak Hanum suruh aku balik. Dia kata nanti kalau aku kena blacklist aku jugak yang susah. Nak kerja senyap2 pun mmg tak bolehlah, sbb kena potong KWSP…


 KAK SURI, KAK BIELA, KAK IMA…


Diorang ni lah yang aku jumpa time mula2 nak mintak kerja…

Kak suri dengan kak ima panggil aku adek. Ceh, rasa muda sentiasa… hehe. Ayat diorang bila aku buat kerja sorang2…

“boleh dek?”

“engkau tak penat ke dek? Rehat berapa minit je ni”

“akak risau la dek tengok muka engkau ni… pucat semacam”

“akak tak tau la nak suruh kau buat kerja ni ke tak dek… nnti penat pulak”

Aku pun  naik heran tiba2 bila diorang ni asyik tanya aku boleh buat ke tak kerja2 tersebut. Muka aku ni macam muka insan yang lemah ke? Hmmmm…

Kak biela pun suka menanye aku boleh buat ke tidak. Kadang2 kan kerja2 mcm ni kena mengangkat kotak, menolak kotak an. Padahal badan kak biela tu lagi kecik dari aku, tapi sbb dia dah biasa agaknye, nampak mcm senang je dia buat. Bila aku nak menolak kotak tu, amek kau. Rasa mcm nak terputus urat kentut aku. tapi bila dah lama2 ckit, ok lah…




KAK SALINA…



Ha, ni kak salina. Aku suka dengar pengalaman2 dia, kisah2 cinta yang menggamit perasaan dan kisah2 duka yang menggentarkan jiwa…

Kak Salina ni selalu belanja kitorang cool blog. Baik hati beliau. Pastu, dia jugak lah yang dulu kan duit dia untuk gantikan RM 100 duit palsu yang aku dapat tu. Kak salina ni pernah kerja kat hospital putra, kat bahagian buah pinggang, tapi atas sebab2 tertentu, dia berenti kerja.

Kak salina ni lah yang syorkan aku makan satu jenis supplement yang dipanggil gingko ape ntah, untuk kuatkan daya ingatan aku. ye lah, aku ni pelupa sebenarnye. Tu ler kelemahan diri ku. Walaupun aku ni kiut, tapi aku ni sedikit pelupa, labang (pekak tahap minima sbb selalu pki earphone) dan sedikit lambat pick up kalau tgh berbual.

Tapi, setiap insan kan ada kelemahan dan kekuatan diri masing2, ye dak? (sedapkan hati)



Alah, tgk gamba ni baru aku ingat. Ada sorang lagi pekerja lelaki melayu terakhir kat guardian tu. HAFIZ (part-timer). Dia ni UM jgk. Kolej 2. Tgk je muka mcm tu. Suare sedap beb. sedap ke, ntah aku pun tak pernah pulak dengar dia menyanyi. Tapi yang penting dia masuk FESENI, nasyid tu. Boleh la kenenkan dengan FAZ retiss CG…

ni masa mengemas barang untuk pindah ke square one
ni pulak tadi, kat squre one. aku pulang baju-bajuan

patutnye aku pun pki baju seragam diorang tu... sobsob
tak tahu lah, mereka ni happy tgk aku ke, happy tgk kamera. hehe
sporting an...






pesan Atuk


Hari tu aku balik kampong… aku dengan mak aku je. NISAK tak ikut, sbb ape? Sbb nak tengok “how I met your mother” marathon. Dari pagi sampai ke petang, 23 episode, mengadap la engkau depan tv dengan abang kesayangan beliau, HANIS…

Atuk aku ni rajin beli surat khabar. Aku ni pun memang rajin sangat baca surat khabar, rajin baca tajuk je. Bila sampai kat bahagian iklan tentang kereta2 mewah aku pun tenung la iklan tu lama2… dan otak aku pun melayang…

TOYOTA HARRIER, from RM109k… (Secondhand)

Hmmm… kalau aku amek pinjaman katalah 9 tahun, ada 108bulan… satu bulan aku kena bayar seribu lebih . Mmg tak la, baru2 kerja nak pki kereta2 mewah ni. Secondhand pun tak mampu beb. Sadis betullah.

Ah, tak pe lah. aku carik la laki kaya buat jadi suami… HOHOHOHO

“KAKAK!”

HOHOHOHO~

“KAKAK!!!!”

“eh, ye tok, nak opo tok?”, macam baru tersedar dari mimpi…terkeluar bahasa jawa yang tak mcm jawa sgt bila aku yang menyebutnye…

“ni, atuk cakap engkau dengar ye”

Serius pulak atuk aku hari ni. Mungkin dia nak bagi tazkirah sikit kot sempena bulan ramadhan ni…

“engkau kalau nak carik lelaki….”, atuk aku belum abes cakap aku dah potong.

“eh atuk ni, akak mana ada…”, aku belum abes cakap, atuk aku pulak dah potong balik. Tgk, tuhan nak tunjuk tu sekejap je. Kat dunia lagi aku dah dapat balasan.

“kalau nak carik lelaki, carik sekarang la, kat unibersiti. Nanti dah habis belajar susah tau”

Erkk, baru je berangan nak carik yang kaya tadi. Berangan je la. Kenyataannye, mestilah aku cari lelaki yang beriman. Tak kaya pun tak pe la, rezeki tu Allah yang bagi. Tak hensem sangat pun tak pe, janji kiut tu ada~

“alah, kena carik sekarang ke tok?”

“ye la! Nanti dah kerja susah. Tak de masa nak cari dah. Nnti jadi mcm si polan dan si polan tu, dah tua tak kawen lagi. Kalau kawen pun susah dah nak dapat anak”

“astaghfirullahalazim. Xde la akak sampai tua pun xde calon atuk ni pun. Nauzubillah. sekarang akak xde masa tok. Kena belajar. Nanti kalau akak layan laki, mana ada masa nak baca buku tok” (alasan)

“aku bukan suruh kau layan lelaki! Aku suruh kau cari calon suami. Cakap dengan dia masuk meminang bila dah habis belajar nanti”

Aduh! Masuk meminang la pulak. Apa aku nak jawab ni...

Tiba-tiba nenek pun bersuara yang membuatkan aku tersengih macam kerang masak sambal, emm sedapnye.

“alah, kakak kan cantik….

HEHEHEHEHE~

“takkan takde yang suka?”

Hah, masa untuk ceriakan suasana…

“isyh… jangan tanya nek. Ramai! Macam ni…” (tangan kanan menepuk belakang tangan kiri sebanyak 2 kali sambil buat muka serius)

Hah, kan betul, atuk dengan nenek ketawe. Mak pun join sekali.

Mak pun bersuara…

“tu le, bila ditanya, jawabnye macam ramai sangat je tergila-gila kan dia tu”

“alah, nnti akak dah habis belajar, mak, ayah, atuk, nenek, abang, kakyat, anis, nisak, nina, DANIAL berjemaah la carikan calon suami untuk akak. Tak lama dah. Lagi 2 tahun setengah je (InsyaAllah)”

Hmmm… perlu ke cari? Kalau aku tunggu jatuh dari langit tak boleh ke? Aku ni bukan apa. Muka aku ni memang la kadang2 orang cakap muka mintak pelempang (cis), tapi hati aku ni lembut tau. Mudah terluka. Aku tak rela hati aku berparut untuk insan yang tidak pasti menjadi teman hidup aku dunia akhirat…. (ceh, jiwang gua bhai!)

Sebelum ni aku ada la tanya kawan, sahabat dunia akhiratku … pau seri(bukan nama sebenar). Dia dah ade lah pengalaman berchinte ni sume ni kan. Dia kata kat aku mcm ni…

“kau tak payah bercinta la pinok… bercinta ni lagi banyak yang pahit dari manisnye” (masa ni dia panggil aku pinok lagi, sekarang nak senang dia panggil aku NOK je)

Lagi banyak pahit dari manisnye… (pau seri, 2012)

Ceh, siap ada citation beb~

Thursday, July 26, 2012

kerja bahagian 1

9hb Julai 2012 (ISNIN), nak dekat pukol 11 pagi....

aku kat dalam bilik berniat nak sambung tido selepas menerima panggilan dari PUAN SERI bercerita dengan teruja tentang itu dan ini berkaitan tentang pelajaran beliau memandu kereta. tapi niatku terhalang tatkala terdengar dengan sayup-sayup suara ibuku. "sepertinya ibuku itu sedang marah ya... siapa pula yang bisa membuat ibu ku marah selain aku?"

oh. adik aku dak nisak rupanya yang kena marah. yeay, yeay, nisak kena marah. padan muka dia. pelik jugak aku, anak kesayangan kena marah sampai begini rupa. kena curi dengar ni....

emak: sukati engko la nisak. engko nak carik kerja sangat kan? nak berdikari sangat kan? hah, pergi la carik kerja naik bas sana. jangan nak ngengade meminjamnye kete aku.

alah, dah habis mara ke? aiseymen. tertinggal babak2 yang menarik le...

aku: eh mak. nak pegi mana ni? pagi2 buta mcm ni bawak kete. jap2. akak nak ikut. akak mandi 2minit je...

emak: ah tak payah. dah lambat aku nak pegi sekolah. pagi2 buta apa mcm ni. nak dekat pukul 11 dah. membuta je keje. elok sangat la tu baca novel sampai 3-4 pagi, lepas subuh sambung tido. mcm mana rezeki nak masuk, blablablabla.... (sambil berlalu pergi ke sekolah)

nisak---> diam tak berkutik memandang handset beliau yang tak canggih sangat tu. eleyh, mcm la hanset tu ada instagram... tak payah nak tenung lama2 la.

aku: oii nisak! engkau ni dah kenapa? dah macam tahi kucing je muka tu..

nisak: tak, nisak nak carik kerja la kak kat summit. tapi mak tak bagi pinjam keta. kena naik bas pulak...

kesian la pulak aku mendengornye... jadi aku pun ikutkan je la budak tu mencari kerja.

Last2 aku pun dapat kerja. Dua syarikat (ceh) call aku suruh datang kerja… UO dengan Guardian. tapi aku pilih UO, sbb diorang call dulu. Nisak pulak kerja kat kedai buku perintis.

Tapi disebabkan kat UO ni dia benarkan solat asar pukul 7.00 mlm, jadi aku pun nekad abis kerja je terus buat muka tak tau malu pegi guardian tanya macam ni…

“aaaa, kak (senyum2 mcm kerang busuk). Tawaran kerja semalam kosong lagi tak?”

Besoknya, aku pun kerja la sebagai cashier merangkap sells assistant di Guardian. banyak benda yang aku belajar kat Guardian ni sebenarnye. Ada yang best. Ada yang tak best sangat. Yang bestnye bila aku boleh tau le sikit2 pasal vitamin2 atau makanan2 tambahan yang sesuai untuk kita-kita ni an. Contohnya, kalau kita ni selalu senggugut, boleh la makan satu jenis supplement untuk stabilkan hormone tu. Ape ntah nama, aku lupa la pulak. Lagi satu kalau nak beli makanan tambahan yang jenis kapsul, adalah lebih baik kalau kita pilih yang jenis “VEGECAPS”. Maksudnya, kapsul tu dibuat dari bahan2 sayuran macam rumpai laut kalau tak salah aku…



Hmmm, apa lagi ek? Ha, ada lagi satu. Kalau nak tanggalkan apa2 jenis kotoran kat permukaan meja ke apa ke an, boleh la pakai CIF. Bekas2 selotip pun boleh tanggal bhai. Jakun aku beb masa mula2 pakai cif tu. Gosok2, hilang. Gosok2, hilang. Berbaloi-baloi…



Hah, pastu kan, pastu kan.. ada satu malam tu, aku jadi cashier, lepas bagi duit baki, aku pun macam biasa la kan, cakap mcm ni… “terima kasih, datang lagi” (sambil tersenyum)… pastu makcik tu pandang aku, dia ckp mcm ni…



“isyh, lawaaanye…” (hehe)



Aku pun excited nak balik, nak cerita kat mak aku pengalaman indah tu. Tapi malam yang sama tu jugak lah aku dapat duit palsu RM 100. Salah aku jgk, excited nor nak balik, sampai scan duit pun boleh lupa. Tu pelanggan terakhir. Haisy. Malas pulak aku nak cerita. Tak payah citer la. Yang penting, aku jugak le yg kena menggantinya.


beza duit betul dengan duit menipu~

Thursday, July 5, 2012

me"reject" tidak berhemah

assalamualaikum w.b.t...

seperti yang dijangka, permohonan aku yang pemalas nak aktif kolej ni pun dah sedia maklum di reject tanpa belas kasihan... sobsob~ padan muka aku.

jadi sekarang tiba-tiba je aku nak ceritakan pengalaman aku semasa budak2 hingusan dulu yang suka mereject org dgn cara yang tak berhemah.... *ade kaitan ke dgn di reject kolej....?



darjah 4... (time ni, ke"brutal"an aku mmg di tahap tidak terkawal)

situasi: aku duduk mencangkung (org lain duduk bersila) di tapak perhimpunan semasa hari sukan sambil mengharap nombor aku bertuah untuk di seru cikgu pengacara majlis...

aku: Ya Allah, mintak2lah nombor aku bertuah. aku teringin nak dpt hadiah cabutan bertuah tu. sedapnya jajan. (berdoa dgn volume separuh kuat, time ni aku duduk dgn sopan santun la, doa kan)

budak "ttuuuuttt" pandang2 aku, dengan sengihan tak jemu2....lalu berkata,

"doa, doa... nnti dah dapat nak sikit"

aku (tanpa perasaan): boleh,boleh. kau doa la sekali untuk aku. cepat lah doa. cepat, cepat. tersengih-sengih!

lepas tu cikgu umumkan nombor bertuah yang terakhir. memang bukan aku la. xde rezeki. tapi aku tenung je jajan tersebut. mengharap orang yang ada nombor bertuah tersebut takkan kunjung tiba.

ouh, aku gembira. rupa-rupanya adik aku dak nisak yang dapat hadiah tu. balik rumah mmg aku pau engko nisak.

pastu budak "tuutt" ketawe2....dia ckp mcm ni,

"haha, kau doa, adik kau pulak yang dapat.. hahahaha"

aku (dlm hati): apahal kau ketawe sungguh2 ni? tak kelakar pun. mcm mana kau tau tu adek aku? terkenal jgk adek aku ni.

aku (realiti): hehe, a'ah la.. takpe la, nnti kat rumah aku yang makan sampai habis...

seminggu selepas kejadian (kot, aku tak ingat), tersebar la khabar angin budak "tuuttt" tu syok kat aku. kirim-kirim salam... pandang2, jeling2 (uweekk-uweekk)...biasalah, bdk2, suka2 sikit, kirim salam.

tapi aku buat bodo je la kan. takde perasaan dengan rakan2 sebaya ni. walaupun aku risau sebenarnye dengan kaba2 angin ni an. yelah..aku selalu pikir mcm ni..kang abang, adik aku tau, mesti kena ejek mcm ni... "miza love tuuuttt".. "miza suka tuuuttt"...

sejak tu, aku memang tak tegur langsung si tutt, pandang pun tidak. time tu aku rasa bengang sgt. nasib baik lah aku ni pandai (cis), masuk kelas pertama. dak tu kelas kedua. jadi takdelah kekok sgt. aku heran betul lah. seingat aku, time hari sukan tu sekali je aku tegur tuuuttt. takkan tu pun boleh jatuh suka kot. ah, lantak lah. lama2 tak suka la tu....

tapi......

SETAHUN KEMUDIAN...

dengan usaha beliau bersungguh-sungguh, dak "tuuuttt" tu pun boleh lompat masuk kelas aku. adoi. kacau betollah. aku ni dah le panas dengan gosip2 tak bertauliah ni. kalau ikut darah muda aku ni, karang tak pasal-pasal dak "tuutt" tu pulak kena tengking dengan aku kang. kirim2 salam kat anak dara orang. kalau anak jantan, meh la berdiri depan aku, bagi salam depan-depan....

suatu hari kat sekolah agama, ustazah kelas aku bagi tazkirah pasal batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. bagus ustazah ni. tekankan hal2 mcm ni kat budak2. tapi, tiba2 dia panggil nama aku. ni dialog dia... mmg aku tak boleh lupa punya.

"siapa hamizah? (aku angkat tangan). saya dengar awak dengan "tuuuttt" tu bercinta ye. awak jaga sikit batas tau. awak tu perempuan. malu. jaga maruah awak, maruah keluarga awak.."

terkedu....tersenyap...tak jawab apa-apa...

itu jam, aku rasa muka aku ni kalau kena langgar dengan badak pun tak keluar darah. maluuuu sangat. dah la aku ni lompat kelas. kawan2 aku yang lain sekolah agama darjah empat, aku dah darjah lima. jadi budak-budak kelas aku time tu semua tua setahun, 2tahun. 3tahun. diorang pandang sinis je kat aku.

siapa lah nak perdajal aku. bawak cerita bukan-bukan. sampai ustazah pun boleh anti dengan aku. aku memang bengang sangat2. rasa macam nak sepak orang. tapi aku tahan je, sampai menggigil, sejuk tangan aku. tunggu masa je nak meletop bom kebabom.

besok bangun pagi dah lupa. pegi je lah ke sekolah tanpa rasa bersalah. tiru kerja sekolah budak pandai dengan bersungguh-sungguh.

tapi mood baikku tidak lah berpanjangan sehingga tamat waktu sekolah. boleh pulak ada sorang budak kelas aku ni gi sampaikan salam budak "tuuuttt" kat aku. padahal beliau ada tiga baris je depan aku...

aku dengan tidak semena-menanya menginga tanpa amaran... (amek kau, bombastik seyh ayat gua)

aku bangun sambil tolak kerusi kayu kuat-kuat. pastu aku dengan rasa marah yang dominant dari rasa malu (apa ayat aku ni) pegi berdiri depan budak tu dengan macho lagi bergaya. aku cakap slow je dgn dia...

"engkau apahal nak kirim-kirim salam kat aku?"

"bukan aku. budak ni yang pandai-pandai. aku kirim salam semalam. hari ni tak"

oh, tak nak ngaku. bikin panas. terus je aku teringat kejadian di sekolah agama. pastu dah takde dah slow-slow talk. terus je aku menengking...

"aku memang tak suka kau nak kirim-kirim salam kat aku. pastu entah siapa entah yang citer aku pun syok kat engko. aku tak hingin la kat engko (melampau seyh aku, ckp tanpa pikir perasaan orang tu). lepas ni, aku tak nak dengar lagi kirim-kirim salam ni! faham! faham tak?!" terus je aku capai botol air atas meja tu, pastu aku campak. kena lah kepala dak MUJIB (HAHAHA, kelaka2. time ni aku nak ketawe da menengok muka mujib tu, tapi aku tahan)

nasib baik lah aku baling tak kuat...  pastu aku sambung tiru keje sekolah....

sejak hari tu, takde dah gosip miza love tuuuttt... darjah 6 dia pindah kelas. takut agaknye dengan aku. sampai kesudah aku tak tegur tuttt...

tapi.... timbul pulak gosip miza love teeettt...

DARJAH 6....

si teettt ni memang member aku, sbb dia duduk dekat2 je dengan aku kat dlm kelas tu. tapi aku tak sangka pulak kebaikan aku ni disalah erti (ceh). tapi aku rasa dia ni nak rahsiakan perasaan dia yang meluap-luap tu daripada aku. tapi member-member dia lah yang kecoh-kecoh dalam kelas. budak2 kelas aku jgk la kan. jadi bila dah sampai je kat pengetahuan aku, terus je aku sound depan-depan dia kat situ jugak. sebab aku ralat. aku takut nanti kalau aku biarkan je khabar angin puspus ni berleluasa, satgi ustazah tau, aku pulak kena sound kat depan org ramai... jadi sebelum aku di sound, baik aku yang sound org yg bertanggungjawab.

begini dialog aku menghalang khabar angin puspus dari tersebar...

"engkau suka aku eh?" sound dengan nada yang rendah.

senyap....

aku pulak yang panas hati...

"aku tanya ni, kau suka aku ke tidak?! hah, apahal senyap? apahal pandang lantai? amboi-amboi. bukan main lagi kan. suka, suka. ingat aku suka ke? lepas ni, aku dengar lagi pasal bende-bende macam ni, aku bakar beg engkau"

aku pun duduk tempat aku... minum air. timbul pulak rasa bersalah...

teeettt mengomel perlahan-lahan. tapi aku boleh dengar...dah duduk dekat-dekat.

"bodo seyh korang ni. senyap-senyap dah la. itu pun nak bg tau. hisyh"

balik rumah terus je aku citer kat mak dgn adik aku. pakej dengan kes setahun lepas. mak aku cakap, lain kali jangan nak marah macam tu. sbb dulu ada budak kg mak aku sewel kena bomoh sbb maki lelaki yang suka dia. peh, aku terus takut. mak aku kata, tak payah nak cakap-cakap dengan budak laki sangat. ckp bila perlu je.

pastu adek aku pulak ckp mcm ni...

"ouh, patut lah "tuuuuttt" tu dah tak bagi nisak duit dah. kalau tak selalu bagi nisak duit 2ringgit. seminggu dua tiga kali jgk la dia bagi"

aku (dlm hati): alah, patut bagi aku tu. kan bagus kalau kirim duit senyap2, tak payah kirim salam. dapat jugak aku beli ayam goreng cicah sambal 2 ketul tiap2 hari....

dan sampai sekarang, aku tobat taknak tengking2 orang lagi dah. takut kena bomoh jadi sewel. klu orang kirim2 salam, aku senyap je. takut seyh aku.


haisy...bila lah aku nak mintak maaf dgn budak2 tu? jahat betul lah aku ni.. tapi takpe kot. mesti diorang faham kan, budak2, mana la pikir panjang. alah, bende dah lama. mesti diorang dah lupa dah tu. 






Monday, July 2, 2012

kisah sejurus habis exam

p/s: entry ni aku letak kat draft, pastu aku lupa nak siapkan dan publish bila kena kacau dengan makhluk tidak bergigi (HUDA). patut le rasa mcm ade yang kurang.

study,study
entah di mana silapnya, perasaan aku selepas exam tidak lah lega seperti yang aku bayangkan. mungkin sebab aku tak study gila-gila, jadi perasaan aku pun tak lah lega gila-gila. lega biasa-biasa je.

tapi apa yang menyoronokkan aku adalah aktiviti yang dirancang untuk berjimba-jimba versi ke dua kerana konon-kononnya sebagai ganjaran setelah hampir sebulan bertungkus-lumus menghadapi peperiksaan.. (adoi, aku mmg tension sekarang bila ada dak HUDA ni mengaco aku!dah le suara tu tak boleh nak slow!)


mula2 sekali, kitorang gi SOGO. konon-kononnya, aku nak belikan adek aku hadiah hari jadi. tapi angan2 hanya tinggal angan2 bila aku menengok harge dompetnya yang mahal2, tapi luarannya serupa seperti dompet 15ringgit yang dibeli di pasar2 malam. kalau aku beli dompet tu, mesti adek aku ingat aku beli kat celah mana entah. jadi, baik aku carik je hadiah dia kat celah2 mana yang tak standart sgt tu. mana lagi, jalan masjid india le.

direktori


masjid jamek ke masjid india?


pastu jalan2 kat KLCC.. jalan je le.. ape engko ingat aku bini tan sri nak membeli belah kat situ?

AKU SUKE GAMBA NI BEB!
GAMBA NI PUN AKU SUKE BEB!
kenapa muka pia tu mcm comel sgt ni? why? why?
tgk aiskrim sambil telan air liur~ cek2 duit dalam dompet, lalu mengeluh sambil kesat2 air mata... sobsob

nyumnyum

pastu lalu depan petrosains (tutup)... lalu depan tv pakej dgn kamera.. pastu jakun. eh, ade bunyi la kawan2.aku pun dengan muke tak tau malu pergi lalu-lalang depan kamera tersebut... teruja. mcm2 bunyi yang keluar.. jengjengjengjeng!


buang contact lens yg dah kering, terus sarung kaca mata yg bergaya..
 siap pun ! lega seyh. mcm baru lepas beban yang berat.

kenduri kawen~

sabtu yang lepas, aku cakap dengan mak aku. aku malas nak gi kenduri kahwin. tapi mak aku suruh jugak ikut. aku pun ikut la jgk. tapi dalam hati, cenggini aku ngomel sorang2...

mak ni, kalau besok aku mintak kawen, mak nanye kenapa nak kawen awal2, aku jawab cenggini...

"tu le mak, akak taknak dtg kenduri kawen, mak suruh ikut jgk... kan akak dah teringin nak kawen.. haiyookk..tak tau"

itu jam, mak jgn salahkan akak ye mak...

okey le.. ni gamba2nye.. yang kawen akak sedare aku. budak UM jgk... tapi tak pernahnye jumpe kat UM dulu... dulu pun kak noni ni pun PASUM jgk. tp aku tak pernahnye tau. *geleng2 kepala*

eh, sala letak gamba pulak.. rindu le kat DANIAL ni




ha, ni adam... bila da lama2 kat rumah org kawen ni, bosan la pulak kan. jadi aku pun panggil la dak adam ni. dia punye keletah kelakar. walaupun tak secomel danial, tapi aura penarik dia mampu membuatkan gadis2 sebaya beliau asyik benar mengikut dak adam ni ke hulu ke hilir.

aku pun dengan bakat magic yang ada pun menunjukkan kebolehan yang aku ada kat dak adam ni... padahal magic cikai je an. tapi bagi adam, magic aku tu mcm dasyat sangat. terus je dia citer kat rakan2 sebaya cenggini...

"fuh, magic.... hebat... tadi ada kat tangan adam, pastu dah hilang.. maaaaggggiiiicccc"

"pandai kakak tu buat magic.. dah le comel, cun, bersopan-santun" (ni aku tambah2)


budak ni pulak style dia mcm orang keyelle (KL). bergaya beb! kalau da besa tak gemuk, mesti menjadi kegilaan-gadis... tapi tu la, asyik ajak adam main gado-gado je.. "jom dam, gado dam"..

lompat dam, lompat!

yang ni, garang sikit.. aku menanye nama je pun, dia boleh jerit dgn pelat2 dia tu mcm ni....

"lalalala natasya lalalalala (tak faham)...."

ape ntah dia sebut... garang btol. pakkal la comel dan cun mcm saya~


ha, ni pulak budak besar perasan kecik... senyum,senyum.. lempang kang