jom kita imbas kembali gamba2 danial sepanjang 2 tahun lepas.
(kan aritu maklang da pesan kat danial, jgn risau. semua gamba2 dan video2 danial ada dlm simpanan maklang mijah okey)
14hb Januari 2012
2013
dan birthday danial tahun ni.... tak meriah sangat. sebab apa ye? sebab ramai yang takde. yang ada cuma umi ayah danial, nenek dan maklang mijah cuma.... tapi.... danial dah sambut birthday dia sebanyak dua kali. agaknya tahun depan umur danial 3tahun, birthday danial akan disambut 3 kali hendaknya.
birthday danial untuk fasa pertama sudah disambut di JB pada 14hb Januari 2014 yang lalu...
untuk fasa kedua, rancangnya nak buat besar-besaran. nenek danial dah cakap nak belanja secret recipe yg besar gabak tu hah. tapi dak nisak la. kitorang ingat dia gerak ke gunung kinabalu tu hari ahad ke apa ke. rupanya jumaat pukul 2 pagi tu dah nak gerak. jadi, tak ramai org, membazir namanya nak beli kek besor besor. jadi beli kek 4 potong je, sambil makan2 spaghetti secret recipe. nyum nyum.
dan yang paling menyedihkan hati kami adalah apabila danial tiba-tiba diserang gegata. ciannye. gatal2 da badan, muka danial.
monyok je muka danial. cian dia |
dan untuk tahun ni, adalah pertama kali danial dapat hadiah hari jadi dari makcik2 danial.
kami (nisak dan mijah) bertungkus lumus untuk dapatkan hadiah yang terbaik dari ladang. nina juga turut menyumbangkan wang kerana beliau tidak dapt sama2 cari hadiah disebabkan urusan kem kolej kesayangan beliau
apa kau ingat lori minyak shell ni murah ke? mahal ok. terlebih bajet. sbb tu aku tak beli |
dan akhirnya, selama hampir 2jam rambang mata memilih, ni je yang aku mampu beli. :P
dah beli, tiba2 baru nampak hadiah ni kat tempat lain...... beli jugak.
disebabkan maklang mijah dah abes exam, maka beliau dengan senang hatinya membungkus hadiah2 danial. tapi, hadiah paling besar tak bungkuih. kertas pembalut tak cukup...
danial suka okey main owi owi (lori) maklang~ |
and of course la, ayah danial yang kena pasang segala apa yang patut dibina.... (ayat yang menyedihkan ini bukti penulis dapat B untuk bahasa melayu penulisan UPSR)
"maklang amek gamba danial dari belakang je tau. malu la kalau org nampak danial pakai puting", kata danial dgn machonya |
sebenarnya, aku dah try nak buat litar lori danial ni. buat buat buat, pening pening pening. sebab baru habis exam petang tu, maka nya aku amek keputusan untuk letak balik semua ni dalam kotak. tak payah pening pening.
litar tak jadi.... |
dan kat sini penulis juga nak selitkan gamba2 danial yang ada dalam laptop...
danial menangis.... comel |
"nak maklang, nak maklang" :P |
danial buat muka.... comel ganda 36 kenapa? kenapa danial comel sgt? |
danial pakai puting, maklang tak boleh la buat dialog. mulut kena tutup tu hah... |
danial duduk tengah ni nak tunjuk ayah danial jalan ye. bijak, bijak danial merajuk.........
tangkap gamba, hilang rajuk....
|
2 comments:
comelnye ~
OOO NYAM 3X
Post a Comment