Monday, August 25, 2014

apa kena la dia ni



Alkisah… pada suatu malam yang hening, kira-kira pukul 12 malam, penulis yang jarang lapar pada waktu malam (tipu) tiba-tiba dengan semangatnya memanaskan kuah spaghetti Bolognese yang dimasaknya pada petang itu.

Sambil menyanyikan lagu “shemakin hari shemakin sherasi” dendangan ajai dan nurul, tiba-tiba kucing belaan ibu penulis tercium-cium lantai yang berdekatan dengan dapur memasak. Penulis pun apa lagi, cepat-cepat beliau menyudahkan aktiviti memanaskan juadah supper beliau. (Supper kejadahnya berat macam tu)

Kenalah cepat-cepat, aku dapat agak dah kucing tu tengah dalam mode memburu. Karang tiba-tiba dia terkam cicak ke tikus ke lepas tu tikus tu dapat larikan diri, dah tu tikus larikan diri dekat kaki aku, tak menjerit aku tengah-tengah malam buta.

Tiba-tiba lagi (penulis obsess dengan perkataan tiba2 agaknya) kucing mak aku tu dia dah panjat langsir dapur. Sah la cicak. Aku pun mencecet lari la ke depan. Geli beb.

Aku tunggu.

Tunggu lagi.

Tiba-tiba lagi, kucing tu mengiau. Kuat. Ngiau Ngiau Ngiau. Ngiau!!!!

“apa kena kucing ni? takkan cicak tu kenakan serangan balas kot”

Dalam takut-takut-berani-geli aku pun pergi la ke dapur.

Kucing tersebut masih di posisi yang sama. Panjat langsir. Nampak buntut kucing tu je.




“takkan tercekik wire kot?”

Ngiau. Ngiau (makin kuat beliau mengiau)

“Alamak, alamak, alamak, macam mana ni?”, sambil mundar-mandir kat dapur, jauh sikit dari langsir tersebut.

Aku panik. Nak angkat tak berani. Kang dah angkat, dia dah jadi mayat macam mana? astaghfirullahalazim

Semua orang dah tidur. Takkan aku nak buat-buat tidur pulak. Esok pagi mak aku bangun tengok kucing tu dah kejung kat langsir, menangis dia. Astaghfirullahalazim.

Aku pun sentuh bahu mak aku yang sedang lena dibuai mimpi.

Tak sedar.

Goncang-goncang bahu.

Aii, tak sedar jugak

Aku pun berdiri tegak, sambil tangan ke belakang.

Apa aku nak buat ni? kesian pulak mak tgh lena tidur

Ngiau!!!!

Mak kucing tu pun dah ada kat langsir tu. Macam nak beri bantuan, tapi tak tau nak bantu macam mana…




Sebab panic agaknya, aku dengar kucing tu mengiau macam tengah sesak nafas. Aku pun kejut je mak aku…

“mak, mak. Kucing, kucing”

“hape?”

“mak, anak kucing mak kat dapur tu ha, mengiau”

“kenapa ni?”, kesian mak, tengah lena, kena kejut macam tu.

“anak kucing kat dapur. Mengiau kuat. Macam tercekik kat langsir. Mak cepat lah mak angkat kucing mak tu. Cepat mak, cepat”

Belum sempat mak aku angkat kucing tu, dia dah terlepas tak tersangkut dah. Rupa-rupanya, gigi dia ke kuku yang tersangkut kat langsir tu. Aku je panik terlebih. Aku ingat kucing tu tercekik wayar.

Sejak hari tu, kucing yang dulunya suka terkam kaki orang sampai aku terjerit-jerit dah jadi kucing pendiam. Pasif.

Dia jadi suka menyendiri. Kita angkat pun, dia tak agresif lagi dah. Pelik.

Sebab trauma ke? Ke kucing tu sakit? Ke sebab dia dah besar, dah matang? Ke sebab mak dia dah ada anak cycle baru. So dia rasa jealous. entah lah.

tengok, dia sembunyi je kat bawah meja
tengok, aku tangkap gambar dia pun dia taknak melawan


selalu kucing ni tidur kat sofa. ni apahal merendah diri tidur kat lantai pulak
dia buat tak tau je bila kita nak main2 dengan dia. da matang la tu
klu kucing mak aku gemuk sikit, mesti beliau bole jdi model


Thursday, July 3, 2014

betul betul cuti~



Nisak dah pergi kerja.

Nina pulak kejap lagi ada interview kerja part time kat parkson.

Tinggal lah aku kat rumah jadi suri rumah sepanjang cuti ni…ni barulah cuti sejati nama dia. hohoho~ bahagianya

takde lah suri rumah sgt. mengadap ni je kejenye~

Nina tu malas sebenarnya nak kerja, tapi apakan daya, demi keyboard kesayangan, beliau sanggup membanting tulang melangsaikan hutangnya kepada nisak.

keyboard nina, dibeli dari seorang abg hansem kat midvalley katanya

Kalau aku jangan harap la nak bagi pinjam duit beli keyboard. No way man! Tapi takda duit pun nak bagi pinjam. Pasai tu la nina tak mintak kat aku. Hohoho~

Danial…

*tukar topik secara tiba-tiba



Hari tu, masa kami sekeluarga kat Melaka, Danial pun ada sekali. Sebagai mak saudara yang penyayang, aku pun pergi la kedai runcit sambil dukung danial. Nak beli apa yang danial inginkan.

Masuk kedai je, dia nampak amoi kat kaunter, dia terus cakap…

“Aliddi! Baya! Baya!”

(aliddi = maklang) jangan tanya aku kenapa aliddi, pergi tanya danial sana...

Belum beli nak bayar apa entah danial ni…

Pastu danial nak keropok mummy tu. Tapi dah abes.

Tiba tiba aku nampak ding dang, mainan zaman dulu dulu. Waaaa. Wujud lagi seyh. Pastu aku pun semangat la beli benda alah tu. Dah macam beli untuk diri sendiri pula. Danial nampak kotak minion, dia suka. Beli jugak


ini aliddi yang pilih...
Sekali da bukak kotak tengok isi dia, hampeh




Patutnya kana da coklat bolat bolat tahi arnab tu. Sekarang dah takde. Dia bagi gula gula apa entah.

Petangnya pulak, mak ajak mandi manda kat pantai apa entah nama. Pantai kundur ke? Haha. Lupa

Danial semangat nak pergi pantai naik kaya (basikal) dia. Boleh tahan danial ni. Naik keta pun makan masa, dia nak naik basikal…

semangat danial angkat kaya dari dalam rumah

makamah (pakngah) sedang pujuk danial untuk pergi ke pantai menaiki kereta
Dah sampai pantai, orang lain semua nak mandi pantai, danial sibuk cari “mana mana” (taman permainan). Sampai aliddi pun tak sempat nak tangkap gambar pantai. sibuk tangkap gamba danial jaaa...

comelnyeeee! tumbuk kau kang danial, kang ayah danial tumbuk aku balik pulak~

"bahagianya danial main kat mana mana", kata danial sambil mata tertutup


bila agaknya kita bakalan ketemu lagi ya danial?

sobs sobs

Thursday, June 19, 2014

Jatuh cinta pada "peminat sejak darjah satu"


Suatu petang yang damai…

Aku dan kawan kawan dengan senang hati berjimba di salah sebuah shopping complex yang terkenal di ibu kota (cewah~)

Berjimba tak bermaksud berjoli sakan sambil menghabiskan duit masing masing. Nak abeskan duit apa nye, da hujung hujung sem ni, nak berlagak macam orang kaya pulak apahal?

Bila dah masuk waktu solat, kitorang pun pergi lah ke surau. Kat depan surau tu, mungkin suara kitorang ketawa girang kuat sangat, datang la seorang pemuda (sebaya kami)…

“Wei, perlahan la sikit. Kita kat surau ni”

Kawan kawan terkedu.

“Ops, sorry sorry”

Masa dia tegur ni, aku tengah membelakangkan orang tersebut, tengah cari port mana nak letak kasut.

Pastu dia sambung lagi…

“lagi satu, tudung tu da cantik da labuh, jangan la pin sana pin sini sampai pendek ye. Assalamualaikum”

Okey, time ni kawan kawan da sentap. tak boleh terima. Aku tak sentap, pasal aku tak pakai tudung masa tu, aku pakai pashmina~

Diorang pun mula la nak sampaikan debat masing masing. Aku pulak kalau boleh nak lari je, pasal malu kecoh kecoh depan surau. Aku pandang je tempat kasut sambil dengar hujah diorang.

Pasal da semangat sangat berhujah, tangan salah seorang kawan aku ter apa haa kita panggil. Nak kata terlempang mcm bukan. Ter ni haa, terpukul budak kecik kat sebelah pemuda tersebut.

Masing masing senyap.

Kawan kawan terus larikan diri masuk surau bahagian perempuan… tinggallah aku sorang sambil pandang kasut~

Aku pun beranikan diri untuk pandang belakang…

dalam hati: “Alamak, ni budak yang suka kat aku sejak darjah satu ni. Aduh. Menyampah betoi”

Dia tengah melutut pujuk budak tu…

Bila budak tu tak termakan pujuk, dia pun apalagi, bangun la nak marah agaknya. Tapi dia senyap bila nampak muka aku…

Aku pun…

“haa, apa? Apa? Nak marah lagi? Lain kali nak tegur orang tu jangan le mcm nak cari gaduh. Dah, tepi sikit”

Senyap lagi, tak gerak gerak…

“eh. tepi la sikit. Pergi duduk sana”

Dia pun ke tepi, duduk…

Sesi pujuk memujuk berjalan lancar. Aku janji lepas solat nak belanja budak tu jajan (makanan ringan). Mudah je budak kecik ni. aku mmg nak praktikkan skill aku ni untuk bukak tadika sendiri tak lama lagi~

Kat kedai, budak tu nak aku belanja tissue pasal nak makan maggi? Ok dah mengarut da budak ni…

Pastu aku pulangkan la budak tu kat pakcik dia.

Baru aku perasan. Baju diorang sama. Ahhhh, sweetnya. Tak tau pulak aku laki ni penyayang dengan budak budak. Pastu aku agak dia ni mesti jenis tak tinggal solat kan kan.

Kalau betul memang aku takkan biarkan dia bertepuk sebelah tangan. Kahkahkah

Kalau betul la…

KALAU BETUL?

Memang la kalau betul, dah dari awal cerita ni sebenarnya mimpi aku lepas subuh tadi. Tidur lagi lepas subuh, dapat mimpi mengarut macam ni.

Engko orang tak rasa mengarut ke nak berjimba jimba dengan kawan kawan masa final exam macam ni?

Lagi satu, dah kenapa budak tu suruh aku belanja tissue pasal dia nak makan maggi? Bongok punya mimpi…



*tak sabarnyeee nak cuti. Cepat lah habis final exam!

Friday, April 25, 2014

Hari Jadi Lapok~

sebenarnya hari ini saya nak update pasal hari jadi saya yang lepas. takda la lepas, kira lapok jugak la. sebulan yg lepas... yelah, memory card kamera saya asyik hilang je, la ni baru jumpa. hehe.

tapi sebelum itu, saya nak mengucapkan selamat hari jadi kepada kawan kecik saya yang kedua selepas pia, PAZ. happy belated birthday faz!!!! jadi utk entry kali ni, gamba kau lebih sikit la dari gamba aku ye~



kisahnya begini...

saya ada seorang supervisor untuk projek tahun akhir yang sangat, sangat, sangat sangaaaaatttttt baik hati, pemurah, penyayang, semua lah yg sifat yg baik2. ha, dan bergaya juga. sbb tu saya suka nak cuba bergaya, tapi jarang menjadi. selalunya dia jadi tak bergaya :') tapi takpa, saya redha.

nama supervisor saya Dr. Comel Baik Hati. taknaklah bg nama sebenar. rahsia.

disebabkan beliau seorang yang baik hati, Dr. C pun nak anjurkan hari jadi saya. sebenarnya saya malu. bukan malu tapi mahu ye. ini malu ikhlas dari hati. rasa mcm dah bnyk terhutang budi dgn Dr.

Tapi rezeki mana boleh tolak. walaupun malu semasa dinyanyikan lagu happy birthday di khalayak ramai, tapi saya terima je. lagi pun, malu sekejap je. bila nampak makanan je..... terus hilang malu saya sehingga tak ingat dunia.


sedap beb~

ini semua Dr yang masak. gambar spaghetti lupa nak ambik. yelah, spaghetti merupakan makanan kegemaran saya selain belacan dan pucuk ubi. jadi bila nampak spaghetti, saya terus tak ingat dunia buat kali kedua.

DR mula-mula nak masak benda lain. sebab dia kata spaghetti ni simple sangat. tapi saya cakap saya sukaaaa sangat spaghetti chef riz tu (prego). lepas difikir-fikir, doktor pun setuju nak masak spaghetti, tapi pakai resepi doktor, bukan resipi chef. simple sangat kalau pakai kuah dlm tin.

dan sememangnya saya jamin, resipi Dr lagi sedap dari resipi chef riz.

kek pulak, doktor bagi duit untuk beli kek secret recipe. selepas saya ambil kek dari kedai, doktor tanya kenapa tak tulis "happy birthday hamizah"? saya tak jawab. saya senyum saja.

saya sebenarnya rasa macam pelik pula kalau saya letak ucapan hari jadi untuk saya atas kek tersebut. yelah, dah la saya yang tempah kek, saya juga yang ambil kek tersebut keesokan harinya. pastu beri ucapan selamat hari jadi untuk diri sendiri? hmmm, bila ditulis semula dalam blog ni, rasa seperti tak pelik sangat pulak. Musykil...

nasib baiklah, anak2 didik Dr L (kawan baik Dr. C) dan rakan2 lain datang. takda lah rasa malu sangat dengan phD and foreign student yg lain.

doktor ada tanya saya, takde ke nak ajak kawan2? saya cakap ada. saya nak ajak tiga orang. pia, faz, aren. kalau ikut hati mmg la nak ajak satu kg, tp kena tunggu majlis yang dianjurkan oleh suami saya lah~

mula2 tu aren setuju nak datang, pia pulak ada hal ke dia balik entah. maaf, saya pelupa. faz pulak tak tahu diri dia dijemput. pastu tiba2, malam sebelum majlis, aren msg tak jadi datang, sebab kawan dia yang lagi penting datang KL nak jenguk dia. so, dia tak dapat dtg. saya pun bersedih. sebab saya pikir mesti faz tak dtg pasal pia dgn aren takda. sobs. jadi saya tiada teman utk ambil kek tempahan.

tapi pagi tu sebelum ambil kek, saya call jugak faz. nak suruh dia jadi tukang pegang kek. tak boleh la saya sorang. saya ada dua tangan saja. satu pegang stereng, satu pegang gear (manual). dan faz setuju, saya gembira. yeay~

dah, cukup membebel. mari lihat gambar2 sekitar majlis. tapi saya tak bergambar dengan student phD yang lain. ramai sgt, segan. kalau sorang dua tak la segan sgt.

taufiq si tukang tangkap gambar, dia fokus kamera ke tukang tangkap gamba kedua, faz. bukan fokus ke objek utama.






dah separuh majlis, aren datang jugak akhirnya. hehehhehehe. saya pun gembira dan terharu dia datang.

aren (tengah), diapit diba dan diyana

dan gambar di atas ini adalah hadiah dari taufiq. beliau pesan hadiah ini tak boleh dibuat cawan. dan oleh sebab itu, beliau mewarnakan sekali bahagian atas bekas ini. beliau risau saya gunakan bekas ini untuk mengisi air. jangan risau. selain gelas-gelas kaca, bilik saya juga dipenuhi cawan-cawan plastik pemberian mektam saya.

dan diharap juga, pojaan hati saya, CTAH tak pancitkan tayar kereta saya atas pemberian hadiah dari taufiq ini. kerana khabarnya (gosip untuk lebih tepat) mereka saling mangambil berat antara satu sama lain. hehe~

ini gosipnya...

jgn marah ye ctah pojaan hati. i gurau jaaa~
seterusnya, aktiviti tangkap gambar secara beramai-ramai (perempuan sahaja).

amaran: ada sesetengah gambar yang terdapat riak muka yang tak dapat diterima para pembaca kerana kamera teknik apa entah yang dia snap cepat2 tu ha... maka aksi2 yang pelik2 tu diharap "tengok sini, habis sini".







alhamdulillah. rezeki untuk pertama kali, birthday yang ke-22 terpilih untuk disambut bersama lebih dari sepuluh orang dan disertakan makanan yang terlajak sedapnya. :)

dan di sini disertakan penghargaan yang lain :')

nisak & nina: tq sebab sudi dtg um sambut hari jadi kakak yg tak sempurna ni. belanja makan lagi




memang minggu makan kek

paie pulak, kawan yang paling kuat jodohnya dengan saya, sejak tingkatan 4 sampai PASUM, sampai degree ni. kuat betul jodoh kami. saya selalu cari pasal dengan dia, tapi dia tak simpan dalam hati pun. terharu bila dia beriya nak bagi sesuatu....


saya terharu dengan beliau sehingga menangis secara sembunyi-sembunyi. tapi rupa-rupanya, kek pian lagi besar. takpa pair, takpa~

dan kejutan manja dari ex-roommates, kak laila, kak mai dan kak ibu. tq kak(s)!!!!! i lebbiu


baiklah. sampai sini sahaja. saya dah sakit tengkuk, tanda2 perlukan rehat. esok ada kelas ganti ke tidak saya pun tidak pasti....

klik sini untuk melawat entry birthday yang lepas.....

21st birthday

20th birthday




Thursday, April 24, 2014

cermin mata hilang, akibatnya: minggu sakit kepala

aku musykil betul. minggu ni asal malam je sakit kepala. aku rasa minggu ni aku takdalah banyak pikir sangat. assignment bertimbun tu aku biar je terbengkalai. nak buat macam mana. sakit kepala kan. tido je lah kan kan... alasan~

mungkin sebab aku pakai contact lens yg power dia lagi tinggi kot.

yelah, sebelum ni rabun aku 75 je. tapi pki jgk cermin mata sbb kalau malam2 cahaya lampu jalan mahupun lampu kereta tu nampak kembang mekar.

di mana kau?!!! :'(
tapi disebabkan cermin mata aku ghaib secara tiba-tiba, so aku pergi la kedai B beli contact lens. kalau nak buat cermin mata kan lembap.

detik2 manis bersama cermin mata~
#throwback : gambar masa beli cermin mata yg hilang, 2tahun yg lepas.
mmg patut beli baru pun
jadi org kedai tu dia check mata aku pki mesin, pastu mesin tu cakap rabun aku dah naik 125. aku sebenarnye taknak percaya ckp mesin tu. sbb aku pergi kedai A sebelum tu, mesin kedai tu ckp rabun aku naik jgk. tapi bila check pki cermin mata bulat2 tu, aku pki cermin mata rabun 100, kepala aku da tingtong da. nak jalan takut jatuh. amoi tu pun ckp rabun aku sama, 75. tapi kat kedai dia takda contact lens power 75. jadi aku pergi la kedai B.

Kedai B pun takda contact lens 75, pastu dia check mata aku pki mesin tu dia ckp rabun mata kanan 125, kiri 100. aku pun amek je lah, malas da nak gi kedai lain. pasal esok ada kelas, nnti tak nmpak slide, kesian kat kwn sebelah kena layan mata aku...

 "tu dia tulis apa?"
 "hah. lecturer ckp apa?"
 "apa la tulis pki marker pen dakwat nak habis mcm tu"...

minggu first mmg sakit kepala kot. entah la.... aduii

Wednesday, February 12, 2014

salah teka umur =,,="

hari ni masuk lab sekejap je, pasal petang pulak kena teman ruby nak characterized sample dia. pakai TEM. apa itu TEM? penulis pun tak tau apa tu TEM. yang penting sebelum masuk lab TEM tu, penulis ada sikit rasa berdebar debar pasal tanda ni...


dah masuk pulak nampak machine pelik ni... nampak menyeramkan, sebab penulis mempunyai daya imaginasi yang tinggi, dan terbayang seperti mesin ini mampu meletup bom kebabom!!!!


aku kena la teman ruby, pasal kalau tidak nanti dia berdua je dgn encik yg handle mesin ni... jadi aku ni mcm org ketiga la. tak akan aku berikan peluang kepada SYAITON untuk menjadi orang ketiga antara mereka berdua.

sambil2 tu boleh la dapat pengalaman baru tgk orang handle benda alah ni. walaupun takde kena mengena dgn projek tahun akhir aku, tapi takpelah. tambah ilmu katanya~



encik yg handle mesin (aku lupa nama dia) ni sempoi je. dia suka cakap cakap tanya tanya tanya. tapi aku tak berapa paham sgt slang dia. ruby paham la. sama negeri.

yg aku menyampoh tu bila dia tanya umur. aku belum habis cakap lagi.. dia dah potong.

"umur kau berapa?"

"doploh...."

"doploh enam?"

(=_=")

pastu dia ada cakap la...

"kalau nak running TEM ni paling lama 2jam, pasal radiation dia kuat. bahaya. orang mengandung (pandang aku) tak boleh masuk"

"apa motif kau pandang aku hah?" cakap dlm hati.

"mana ada org mengandung kat sini....", cakap betul2, bersopan santun

yg 26 tahun tu ok la kot. pasal kaknad ni pun 26, tapi muka takde lah tua sgt kan, kan...

gua pakai gamba kak ipar, pasal mcm geli je nak letak gmba abg aku sorang2 dlm blog. 
yang mengandung tu mmg la menyentapkan hati...

hari ni aku dah terdedah kepada radiation yang tinggi. kamon, kamon. sapa berani dekat? mari, mari...