Monday, August 25, 2014

apa kena la dia ni



Alkisah… pada suatu malam yang hening, kira-kira pukul 12 malam, penulis yang jarang lapar pada waktu malam (tipu) tiba-tiba dengan semangatnya memanaskan kuah spaghetti Bolognese yang dimasaknya pada petang itu.

Sambil menyanyikan lagu “shemakin hari shemakin sherasi” dendangan ajai dan nurul, tiba-tiba kucing belaan ibu penulis tercium-cium lantai yang berdekatan dengan dapur memasak. Penulis pun apa lagi, cepat-cepat beliau menyudahkan aktiviti memanaskan juadah supper beliau. (Supper kejadahnya berat macam tu)

Kenalah cepat-cepat, aku dapat agak dah kucing tu tengah dalam mode memburu. Karang tiba-tiba dia terkam cicak ke tikus ke lepas tu tikus tu dapat larikan diri, dah tu tikus larikan diri dekat kaki aku, tak menjerit aku tengah-tengah malam buta.

Tiba-tiba lagi (penulis obsess dengan perkataan tiba2 agaknya) kucing mak aku tu dia dah panjat langsir dapur. Sah la cicak. Aku pun mencecet lari la ke depan. Geli beb.

Aku tunggu.

Tunggu lagi.

Tiba-tiba lagi, kucing tu mengiau. Kuat. Ngiau Ngiau Ngiau. Ngiau!!!!

“apa kena kucing ni? takkan cicak tu kenakan serangan balas kot”

Dalam takut-takut-berani-geli aku pun pergi la ke dapur.

Kucing tersebut masih di posisi yang sama. Panjat langsir. Nampak buntut kucing tu je.




“takkan tercekik wire kot?”

Ngiau. Ngiau (makin kuat beliau mengiau)

“Alamak, alamak, alamak, macam mana ni?”, sambil mundar-mandir kat dapur, jauh sikit dari langsir tersebut.

Aku panik. Nak angkat tak berani. Kang dah angkat, dia dah jadi mayat macam mana? astaghfirullahalazim

Semua orang dah tidur. Takkan aku nak buat-buat tidur pulak. Esok pagi mak aku bangun tengok kucing tu dah kejung kat langsir, menangis dia. Astaghfirullahalazim.

Aku pun sentuh bahu mak aku yang sedang lena dibuai mimpi.

Tak sedar.

Goncang-goncang bahu.

Aii, tak sedar jugak

Aku pun berdiri tegak, sambil tangan ke belakang.

Apa aku nak buat ni? kesian pulak mak tgh lena tidur

Ngiau!!!!

Mak kucing tu pun dah ada kat langsir tu. Macam nak beri bantuan, tapi tak tau nak bantu macam mana…




Sebab panic agaknya, aku dengar kucing tu mengiau macam tengah sesak nafas. Aku pun kejut je mak aku…

“mak, mak. Kucing, kucing”

“hape?”

“mak, anak kucing mak kat dapur tu ha, mengiau”

“kenapa ni?”, kesian mak, tengah lena, kena kejut macam tu.

“anak kucing kat dapur. Mengiau kuat. Macam tercekik kat langsir. Mak cepat lah mak angkat kucing mak tu. Cepat mak, cepat”

Belum sempat mak aku angkat kucing tu, dia dah terlepas tak tersangkut dah. Rupa-rupanya, gigi dia ke kuku yang tersangkut kat langsir tu. Aku je panik terlebih. Aku ingat kucing tu tercekik wayar.

Sejak hari tu, kucing yang dulunya suka terkam kaki orang sampai aku terjerit-jerit dah jadi kucing pendiam. Pasif.

Dia jadi suka menyendiri. Kita angkat pun, dia tak agresif lagi dah. Pelik.

Sebab trauma ke? Ke kucing tu sakit? Ke sebab dia dah besar, dah matang? Ke sebab mak dia dah ada anak cycle baru. So dia rasa jealous. entah lah.

tengok, dia sembunyi je kat bawah meja
tengok, aku tangkap gambar dia pun dia taknak melawan


selalu kucing ni tidur kat sofa. ni apahal merendah diri tidur kat lantai pulak
dia buat tak tau je bila kita nak main2 dengan dia. da matang la tu
klu kucing mak aku gemuk sikit, mesti beliau bole jdi model


No comments: