Tuesday, July 9, 2013

gamba lesen kepala besar


Aku rasa sangat taiko selama 4hari lepas. Sebab apa? Sebab bawak keta tanpa lesen. HAHA~



Lesen P aku mati… astaghfirullahalazim. Macam tak best perkataan “mat*” tu. Lesen P aku expired… dah mcm sardine la pulak, ada expired date segala.

Yang penting, lesen P aku dah tak boleh pakai la sejak 4hari lepas. Lesen P tu sampai 5 Julai aritu (jumaat), tp sebab petang jumaat tu baru aku ingat kena renew lesen dan atas sebab malas nak tangkap gamba, aku tangguhkan la dulu nak pergi pejabat JPJ tu.

Tiba2 pagi tadi aku ingat, dekat “KAD MAKAN KOLEJ 1” kan ada gamba!!! Yihah, rembat gamba tu je lah.

Lepas tu, kat depan pejabat JPJ, aku perati gamba lesen, dgn gamba kad dewan makan. Beza, memang berbeza. Gamba kad dewan mkn, dia zoom dekat sikit, menyebabkan kepala aku nampak ketara besarnye.

Tapi aku malas nak ambil pusing, aku tanya je orang kat kaunter pertanyaan, biar dia je ambil pusing pasal gamba besar kepala tersebut.

“Ye dek, nak apa?”, kata pemuda baik hati tersebut kepada aku..

(terus je me”label” orang tu baik hati sebab panggil aku adik. kau ingat senang ke nak dengar orang panggil aku adek, jarang oii. Selalu aku dilabel kak je, nyampah)

“Saya nak renew lesen. Sebelum ni lesen P. Boleh tak pakai gamba kepala besar ni?”

“ah, kepala besar? Hmmm, gamba cantik je boleh pakai dek. Ha, gamba ni boleh la sebab adik senyum nampak gigi dalam gamba ni..”

“hehe, terima kasih, terima kasih”, senyum je lah, aku rasa org baik hati tu buat lawak tadi…

Untuk dapatkan kepastian, aku tanya lagi kat kaunter yg bayar2 tu. aku tanya boleh tak pakai gamba tu. orang tu kata boleh.

Dan inilah hasilnya, gamba lesen kepala besar…


okey, kita tgk perbezaan dia



Lantak lah, besa ke kecik ke, janji da boleh tanggal tanda P dari ADAM MUKHRIZ.

P/S: ADAM MUKHRIZ adalah nama kereta kancil putihku.

Ei, nak citer lagi ni. Sepanjang aku takda lesen tu kan, aku dok asyik la mintak izin mak aku nak gi mana-mana kan, sat lagi mak aku mesti marah punya. Ini contoh dialog…

“mak, mak. Akak nak pegi kedai kejap ye. Nak beli eskrim durian” *buat muka kempunan.
(aku suka eskrim durian ni, satu singgit. Murah je. Selalu aku beli enam. 2 untuk aku, yang lain sorang satu)

“jangan mengada-ngada. takde lesen ada hati nak bawak keta. Duduk rumah!”

Sekali rupa-rupanya, mak aku punya lesen pun dah tamat tempoh 6hb julai tu. baru sedar tadi…

Kalau aku tau mak aku punya lesen abes 6hb aritu, boleh jugak aku suruh mak aku duduk rumah, jangan pergi sekolah. :P

*ok, aku tau la org lain da lama abes P . 

3 comments:

Anonymous said...

Lawak hahahhahaha

pinoc said...

ni perli ke apa ni anonymous

cik natasya (: said...

Haha . gambar kepala besar pun comel lahh :)