Monday, October 1, 2012

CeriTA HANTU

HYE kawan-kawan... (mcm ramai je yg baca blog aku ni, ah! pedulikan)

untuk pengetahuan, adik aku dak nisak tu kan dapat UKM an. dak nina pulak kat UPM. aku pulak UM. dekat2 je kan. tapi nak kata dekat tu takde la dekat sgt. boleh tahan bnyk jgk makan minyak klu pergi menjenguk diorang.

ok, nak dipendekkan cerita, dak nisak ni aritu suruh la aku dtg UKM. anta brg (dia ingat akak dia ni posto agaknye). yg aku ni pulak, mmg tiap2 hari kelas abis pukol 6 ptg (jammed beb time2 cenggini, nak2 klu hujan). jadi selepas meredah kesesakan lalu lintas, aku pun sampai lah ke tol UKM pada lewat petang, senja, sikit lagi azan maghrib.

UKM ni kan bnyk roundabout, selalunya kat situ lah kena fokus lebih2 an. klu tidak sesat. jadi aku time tgh syok fokus ni, tiba2 hilang tumpuan bila aku dah nampak org terbaring dekat roundabout tu.eksiden moto.

"aduh, mcm mana ni? time aku bwk kete la ada org terbaring pulak. mcm mana aku nak tutup mata ni? aku dah le tak kuat semangat. ah, TUTUP SEBELAH MATA LA"

aku pun tutup mata kiri pakai tangan kiri. tangan kanan pegang stereng.

pastu aku dah tak tau nak masuk mana. dua kali aku pusing2 roundabout tu. 2kali jgk aku tutup mata. pastu sesat 15minit. mangkuk betol aku ni.

ok la. pastu sampai kat bilik nisak, tingkat 5 (ke? yg pnting mmg semput ar naik tangga). lepas solat, bg brg semua, teruih le balik.

dalam perjalanan pulang tu, aku rasa mcm berat nor keta. dah le sunyi memalam mcm tu. sorang2 pulak tu. pastu boleh pulak aku terpikir bkn2.

ckp dalam hati.....

"takkan hantu moto tadi tumpang keta aku pulak?... JGN PANDANG BELAKANG, JGN PANDANG BELAKANG, JGN PANDANG BELAKANG, JGN PANDANG BELAKANG, JGN PANDANG BELAKANG, JGN PANDANG BELAKANG"



senyap......

terbayang cerita2 hantu ibarat wayang bermain-main di minda.

time ni la pulak otak aku nak jadi kreatif jadi wayang cerita hantu pulak....

"tak boleh jadi ni...."

aku pungg tgk handbrake................

"oh, handbreak tidak diturunkan rupa-rupanya"

 p/s: jgn banyak makan semut, nanti dah pelupa mcm aku, susah pulak.

1 comment:

Unknown said...

kahkahkahkahhhh hahahaha wakakaka kuihkuihh