Thursday, October 11, 2012

kolej oh kolej

hari jumaat minggu lepas....

tatkala berada di dalam dewan kuliah, tiba-tiba telefon bimbitku bergetar... *kerana ketika itu telefon bimbitku aku letakkan dalam mode bergetar* 

aku teliti telefon bimbitku. "oh, nombor telefon pejabat. jangan-jangan..."

ya, tepat sekali jangkaanku. aku dapat kolej. HOHOHOHO.... sepanjang kelas tu aku tak fokus apa-apa dah. aku senyum je. nasib baik aku punyai senyuman yang menawan.

aku dapat kolej pertama. sama dengan paie. alah, paie kawan aku dari tingkatan 4, sampai laaa ni. bestnye dapat kolej. walaupun dia ada sediakan makanan... tapi takpe la. daripada aku kena redah kesesakan lalu lintas selama berjam-jam lamanya, baik aku duduk kolej. dekat sikit an.

roommate aku pulak dua-dua dari fakulti pergigian. ha, kenalkan, kak mai dan kak laila....

ni kak mai
ni pulak kak laila
aku lupa la nak tangkap gamba diorang. gamba gigi pun jadi lah... buat masa ini, gigi-gigi tersebut ada kat meja belajar mereka, 24-7. jadi, kalau aku pandang kiri, nampak "kak mai". pandang kanan, nampak pula "kak laila".... bila aku pandang cermin, aku nganga mulut besar-besar, tgk gigi...  aku rasa gigi dan aku da seperti isi dan kuku. tak boleh dipisahkan. 

kak laila tu buddy kepada kawan pasum ku~ yasmin a.k.a "rockers pandai main gitar tahap pertama". kenapa tahap pertama? sebab dulu aku suruh dia main lagu korea, dia tak reti. ape daa.. pegi jual la gitar tu min...

tadi aku tanya kakak2 tersebut tentang satu jenis treatment yg sedang mereka bualkan. diorang pun terangkan la potpetpotpetpotpet....

"bila last time miza jumpa doktor gigi?"

"bila? emm, masa sekolah dulu la..." (3taun beb tak jumpa doktor gigi)

pastu nganga-nganga.... blablabla.... aku pun amek keputusan nak jadi patient kak laila untuk practical ke apa entah.. yg penting free, lepas tu, gigi jadi sihat dan kuat.

KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT NAK CHECK GIGI DAN RAWATAN GIGI PERCUMA, BAGI TAU AKU, NANTI AKU CAKAP DGN KAK MAI AND KAK LAILA. YANG MEROKOK ADALAH AMAT DIALU-ALUKAN.........SEKIAN....

*first time aku nengok org pompuan suka kalau ada laki yg merokok....

sementara rajin ni, adalah lebih baik aku hiaskan meja belajarku. 
meja yang kekurangan barang merupakan bukti jelas yg tuan blog tak berapa nak study.

semoga bila dah dapat kolej ni, semangat belajar ku semakin mengganas hendaknya....


No comments: