Thursday, August 2, 2012

Bakkk, bakkk, bakkk, DUSHHHH!!!


Walaupun mulut aku ni comel, tapi beliau ni memang jahat. Orang kata apa? Mulut bau longkang? Tu DULU la… sebelum kejadian bala bertimpa-timpa jatuh menghempap aku.

Kejadian ni berlaku sekitar awal tahun 2009…

aku dulu suka sebut SUWEY (dah mcm mana pulak nak eja ni? Entah betul ke tidak). Suwey tu erti dia macam “sin ya alip lam” la kan. Tapi aku takut nak sebut S.I.A* tu sbb aku rasa macam teruk nor je ayat tu. tapi sebut “sin wau wey”  tak de rasa bersalah langsung.

Sala sikit je sebut perkataan tu. tersepak kaki meja je sebut bende tu.

Jadi sebab dah jadi habit nak menyebut “sin wau wey”, lama2 “sin wau wey”  tu pun dah memakan diri aku.

Dalam masa 3 hari je, macam2 kejadian aneh yang menimpa aku.

Pada suatu pagi, seperti biasa, aku pakai la kasut kat depan bilik prep (aku kan budak hostel). Dengor je bunyi loceng entah kenapa aku jadi kelam kabut. Aku angkut file kat sebelah aku, tapi file je lah yang aku angkut, segala kertas2 yang ada dalam tu boleh jatuh pulak masuk dalam longkang.

“heiii!! sin wau wey  btullah! Time lepas hujan macam ni pulak nak masuk longkang, habis basah kertas aku… heyyy!!”

Besoknye pulak, petang tu aku nak turun pegi basuh baju. Tangga tu licin sikit, biasalah budak2 angkut baju basah naik atas.

Elok je kat anak tangga terakhir tu, boleh pulak aku tergelincir lalu jatuh terduduk la aku kat situ.

“Aduh… “ (slow giler suare aku time ni)

Tu je la yang boleh keluar kat mulut aku. yang versi dalam hati pulak macam ni…

“hisyh, macam mana pulak boleh jatuh ni. Buat malu je lah. sape punya keje la basahkan tangga ni? Dah2, cepat2 bangun. Karang budak prep P2 nampak aku tak ke jatuh imej. Aduh! Sengal vontot aku”

“selipar la ni, dah le tak cantik, haus, nyusahkan orang. Aku pijak taik kang, baru kau rasa selipar. Hisyh!!!”

Sekejap je lah sengal2 tu terasa. Abis basuh baju, sengal pun hilang.

Nasib baik jatuh kat anak tangga terakhir. Kalau jatuh kat anak tangga pertama, tak ke sengal vontot sebulan?

Besoknya pulak kejadian lain yang jadi. Kejadian tu berlaku pada malam hari…

Masa tu aku tak ingat la kenapa aku boleh nak keluar prep malam2. Orang lain semua dalam bilik prep lagi. Aku nak gi tekan loceng solat isyak ke ek? Entah, lupa la pulak. Tapi yang penting, benda yang terjadi sebentar nanti memang buat aku malu sampai rasa nak balik rumah, pindah sekolah, tak nak duduk hostel dah.

Macam ni bunyi dia…

Bakkkk, bakkkk, bakkkk, DUSHHH!!!

Cuba teka, apa jadi?

Jadi apa? Aku le yang jatuh tersungkur macam nangka busuk. Aduh, time tu memang rasa malu tu lagi banyak dari rasa sakit. Sakit le, jatuh kat jalan tar.



Entah sejak bila entah ada jalan tak rata kat situ. Boleh pulak aku tersadung.

Mula-mula aku ingat nak tersadung sikit je, target aku boleh lagi stabilkan badan. Tapi target tak tercapai pulak bila aku hilang keseimbangan.

Sebab tu bunyi Bakkkk, bakkkk, bakkkk, dulu sebelum DUSHHH!!!

Bakkkk  tu bunyi selipar huduh aku, DUSHHH!!!  tu pulak bunyi klimaks time lutut dan tangan aku dah mendarat atas jalan.

Yang bertambah-tambah sadis tu pulak, disebabkan keadaan yang sunyi sebab budak lain semua sibuk menelaah buku, jadi bunyi Bakkkk, bakkkk, bakkkk, DUSHHH!!!  yang bukan lah kuat sangat tu pun bertukar menjadi satu bunyi yang kuat.

Dah diorang semua nak tgk apa jadi.

Aku pun apa lagi, dengan pantas mencicit-cicit aku lari masuk balik dalam prep. Malu dengan budak prep sendiri kira okey la dari berdepan dengan budak2 prep lain.

Masuk je…

“pinok!”

“kau okey tak nok?”

“sakit tak?”

“kesian… kesian…”

rindunye kat kawan2 hostel... geng mamak kurang ahli, 2 org lagi sibuk carik kuih raya

Ahh, kesian konon. Aku tgk masing2 muka tahan ketawa. Beberapa saat je diorang tahan, lepas tu diorang ketawe berjemaah. Lepas tu diorang ckp lagi “kesian…kesian…”

Kesian ke? Tak payah kesian. Tu lah balasan kalau mulut tu tak reti nak jaga. Sejak hari tu, aku tobat taknak sebut perkataan tu. 

3 comments:

Ulya said...

kesian kesian ....
*muka tahan ketawa ni! hahaha ! sory :P

tapi mmg kisah yg lawak . ulya masa matrik asyik jatuh je , wpon tak sebut pun perkataan suwey .
sobsobsobb T______T

mmg umur lingkungn 18-20 umur untuk jatuh kot , ala ala budak umur setahun lebih hingga dua tahun yg baru blajar jalan , asyik2 jatuh .

macam tu lah kita , comel jaaa :P

pinoc said...

kata-kata kan seperti doa... hehe, tapi ulya jaga mulut pun selalu jatuh jugak... dah takdir kan ulya... hehe

nadzirah sofia said...

alhamdulillah, pinok dah tak mencarut...haha...jgn jadi mcm aku pulak :P