tapi sebelum itu, saya nak mengucapkan selamat hari jadi kepada kawan kecik saya yang kedua selepas pia, PAZ. happy belated birthday faz!!!! jadi utk entry kali ni, gamba kau lebih sikit la dari gamba aku ye~
kisahnya begini...
saya ada seorang supervisor untuk projek tahun akhir yang sangat, sangat, sangat sangaaaaatttttt baik hati, pemurah, penyayang, semua lah yg sifat yg baik2. ha, dan bergaya juga. sbb tu saya suka nak cuba bergaya, tapi jarang menjadi. selalunya dia jadi tak bergaya :') tapi takpa, saya redha.
nama supervisor saya Dr. Comel Baik Hati. taknaklah bg nama sebenar. rahsia.
disebabkan beliau seorang yang baik hati, Dr. C pun nak anjurkan hari jadi saya. sebenarnya saya malu. bukan malu tapi mahu ye. ini malu ikhlas dari hati. rasa mcm dah bnyk terhutang budi dgn Dr.
Tapi rezeki mana boleh tolak. walaupun malu semasa dinyanyikan lagu happy birthday di khalayak ramai, tapi saya terima je. lagi pun, malu sekejap je. bila nampak makanan je..... terus hilang malu saya sehingga tak ingat dunia.
sedap beb~
ini semua Dr yang masak. gambar spaghetti lupa nak ambik. yelah, spaghetti merupakan makanan kegemaran saya selain belacan dan pucuk ubi. jadi bila nampak spaghetti, saya terus tak ingat dunia buat kali kedua.
DR mula-mula nak masak benda lain. sebab dia kata spaghetti ni simple sangat. tapi saya cakap saya sukaaaa sangat spaghetti chef riz tu (prego). lepas difikir-fikir, doktor pun setuju nak masak spaghetti, tapi pakai resepi doktor, bukan resipi chef. simple sangat kalau pakai kuah dlm tin.
dan sememangnya saya jamin, resipi Dr lagi sedap dari resipi chef riz.
kek pulak, doktor bagi duit untuk beli kek secret recipe. selepas saya ambil kek dari kedai, doktor tanya kenapa tak tulis "happy birthday hamizah"? saya tak jawab. saya senyum saja.
saya sebenarnya rasa macam pelik pula kalau saya letak ucapan hari jadi untuk saya atas kek tersebut. yelah, dah la saya yang tempah kek, saya juga yang ambil kek tersebut keesokan harinya. pastu beri ucapan selamat hari jadi untuk diri sendiri? hmmm, bila ditulis semula dalam blog ni, rasa seperti tak pelik sangat pulak. Musykil...
nasib baiklah, anak2 didik Dr L (kawan baik Dr. C) dan rakan2 lain datang. takda lah rasa malu sangat dengan phD and foreign student yg lain.
doktor ada tanya saya, takde ke nak ajak kawan2? saya cakap ada. saya nak ajak tiga orang. pia, faz, aren. kalau ikut hati mmg la nak ajak satu kg, tp kena tunggu majlis yang dianjurkan oleh suami saya lah~
mula2 tu aren setuju nak datang, pia pulak ada hal ke dia balik entah. maaf, saya pelupa. faz pulak tak tahu diri dia dijemput. pastu tiba2, malam sebelum majlis, aren msg tak jadi datang, sebab kawan dia yang lagi penting datang KL nak jenguk dia. so, dia tak dapat dtg. saya pun bersedih. sebab saya pikir mesti faz tak dtg pasal pia dgn aren takda. sobs. jadi saya tiada teman utk ambil kek tempahan.
tapi pagi tu sebelum ambil kek, saya call jugak faz. nak suruh dia jadi tukang pegang kek. tak boleh la saya sorang. saya ada dua tangan saja. satu pegang stereng, satu pegang gear (manual). dan faz setuju, saya gembira. yeay~
dah, cukup membebel. mari lihat gambar2 sekitar majlis. tapi saya tak bergambar dengan student phD yang lain. ramai sgt, segan. kalau sorang dua tak la segan sgt.
taufiq si tukang tangkap gambar, dia fokus kamera ke tukang tangkap gamba kedua, faz. bukan fokus ke objek utama. |
dah separuh majlis, aren datang jugak akhirnya. hehehhehehe. saya pun gembira dan terharu dia datang.
aren (tengah), diapit diba dan diyana |
dan gambar di atas ini adalah hadiah dari taufiq. beliau pesan hadiah ini tak boleh dibuat cawan. dan oleh sebab itu, beliau mewarnakan sekali bahagian atas bekas ini. beliau risau saya gunakan bekas ini untuk mengisi air. jangan risau. selain gelas-gelas kaca, bilik saya juga dipenuhi cawan-cawan plastik pemberian mektam saya.
dan diharap juga, pojaan hati saya, CTAH tak pancitkan tayar kereta saya atas pemberian hadiah dari taufiq ini. kerana khabarnya (gosip untuk lebih tepat) mereka saling mangambil berat antara satu sama lain. hehe~
ini gosipnya...
jgn marah ye ctah pojaan hati. i gurau jaaa~ |
amaran: ada sesetengah gambar yang terdapat riak muka yang tak dapat diterima para pembaca kerana kamera teknik apa entah yang dia snap cepat2 tu ha... maka aksi2 yang pelik2 tu diharap "tengok sini, habis sini".
dan di sini disertakan penghargaan yang lain :')
nisak & nina: tq sebab sudi dtg um sambut hari jadi kakak yg tak sempurna ni. belanja makan lagi
memang minggu makan kek |
paie pulak, kawan yang paling kuat jodohnya dengan saya, sejak tingkatan 4 sampai PASUM, sampai degree ni. kuat betul jodoh kami. saya selalu cari pasal dengan dia, tapi dia tak simpan dalam hati pun. terharu bila dia beriya nak bagi sesuatu....
saya terharu dengan beliau sehingga menangis secara sembunyi-sembunyi. tapi rupa-rupanya, kek pian lagi besar. takpa pair, takpa~
dan kejutan manja dari ex-roommates, kak laila, kak mai dan kak ibu. tq kak(s)!!!!! i lebbiu
baiklah. sampai sini sahaja. saya dah sakit tengkuk, tanda2 perlukan rehat. esok ada kelas ganti ke tidak saya pun tidak pasti....
klik sini untuk melawat entry birthday yang lepas.....
21st birthday
20th birthday