lamanya tak update benda baru kat blog ni. berhabuknye, berhabuknya blog aku (ayat klishe)~
kerja banyak, tapi nak jugak update blog. kenapa dgn aku ni?
ah lantak lah. haaaa, sekarang, aku nak kenalkan dia ni... tarraaa.....
tak dapat keta kaler merah, effect gamba kaler merah ni pun jadi le~ |
nama yang tuan kereta bagi (sementara) : encik harris [sempena nama watak novel ombak rindu]
nama yang tuan kereta bagi (kekal) : SHAH RUKH KHAN
dulu masa kitorang adik-beradik belum pandai baca lagi, mak aku dah cakap macam ni...
"siapa yang masuk universiti, mak hadiahkan kereta baru sebijik"
mula-mula, aku taknak pun mintak keta baru. ye lah. dah adik2 aku kan selang setahun je. sah-sah la anak mak aku masuk u tiap2 tahun. dah tu, tiap2 tahun nak beli keta baru, kesian la kat mak kan (anak yg bertimbang rasa la katakan)
tapi aritu disebabkan aku tertipu dgn iklan kat tv pasal saga sv 250 je sebulan (sila baca tulisan condong tu sambil buat muka).... mmg la betul 250 sebulan, tp utk tahun pertama je, pastu naik lagi, naik lagi dan lagi. interest pun mahal blablabla... pastu salesman tu cadangkan bayaran yg tetap punya. mahei sikit.
aku pun konon2 ckp, "tak payah la mak"
tapi sebab mak aku ni muka je macam garang, tp bila tgk muka kesian aku je, teruih syahdu...
"beli je la. mak bayor. beli, beli"
3minggu lepas tu, SHAH RUKH pun dtg rumah...
dapat pun pelekat UM. leceh betul nak dpt sticker ni. urrgghhh, tak nak ingat. haaaa, kat dalam kolej pun aku da dapat petak parking. pastu, malam tadi, felo yang selalu bagi "saman" kat ADAMMUKHRIZ dulu, pandang je SHAHRUKH. Pastu dia tanya kat kwn aku, pasal masa tu lepas parking aku gi kafe, kwn aku yg terserempak dgn dia....
"ni keta sendiri ke? betul ke petak parking ni utk keta tu?"
baca la no plat tu sendiri. betul tau. saya da trauma da asyik dapat kertas pink je...
ada airbag pun kena pki tali pinggang tau! |
dah isi penuh, dari upm sampai batu pahat hanya memerlukan 3 bar minyak sahaja. |
manual di hati ku ❤ |
"kenapa beli manual? beli la auto"
aku jawab (dlm hati)...
"sukati mak aku la. dah duit dia"
jawapan sebenar...
1. biar orang tak pinjam. kwn2 kebanyakannya tak reti bwk manual. alhamdulillah. HAHAHA~
2.manual lagi murah. jimat. maintenance pun tak mahal.
3. kau pernah nampak ke orang lumba keta dlm fast furious tu bawak keta auto?
dan secara rasminya, adammukhriz diserahkan kepada dak nisak... bye dam :'(