Saturday, July 20, 2013

hidup anak rantau...

(ok, mmg tajuk tu nampak poyo sikit. tapi memang aku tengah feeling sunyi anak rantau, nak buat mcm mana kan, kan..)


ini post sedih dan panjang. aku nak luahkan kesedihan yang bersarang di hati sepanjang seminggu jadi anak rantau di bulan ramadhan ni.

aku jadi anak rantau ni pun sbb nak buat sikit-sikit dulu projek tahun akhir aku. nnti da naik sem takda la kelam-kabut sgt.

AHAD (14 JULAI 2013) puasa ke-5

1. kena kejar


 - citernya mcm ni. masa nak balik KL tu, dak nisak cadangkn untuk lalu muar-melaka-simpang ampat-highway-KL. aku pulak nak lalu highway PAGOH je, sebab aku tak suka lalu simpang ampat tu, banyak traffic light--> pening kepala. tp sbb dia yg nak bawak keta, makanya ikut suka dia lah. 

- pastu, tiba2 je ada keta kancil ni konon2 nak potong ADAMMUKHRIZ (kancil kitorg), tp dia tak potong pun, dia bawak seiring dgn kitorg, pastu bukak tingkap, lambai2. 

"aiii, dah kenapa pulak ni?"

aku mula2 cool je, tp bila nisak kata takut, aku pun ikut takut. aku suruh nisak bawak laju lagi, nisak ikut cakap aku, kitorg tinggalkan keta tu, tp keta tu potong balik. dan stay kat sebelah kitorng. ini bahaya. 
tp kancil tu takda la ikut kitorng sampai highway simpang ampat.

menyampah aku dgn budak lambai2 tu. mentang2 la kitorang perempuan. tunjuk hero la konon. kalau ada ayah aku tu, dah lama dah kena belasah dush dush dush sampai lembik. padan muka. (ni berangan je, mana ada ayah aku nak pukul org sampai lembik. ayah aku kan bekas tentera laut, kejenye tangkap ikan je)

2. cari kolej.
- mula2 nak duduk rumah makcik aku je, tp sbb makcik aku jarang ada kat rumah, kena lah duduk kolej.

start duduk kolej ni, baru lah kesedihan yang nyata bersarang di hatiku.

SALA JALAN--> MENANGIS DALAM KERETA

kenapa? kenapa? kenapa sala jalan ni?
Suatu hari tu, lepas habis kerja lab (xdelah buat experiment, duduk dlm lab tu pahamkan projek je dulu), aku pun nak pergi umah mkcik aku kejap sbb nak ambik barang. mula2, jln mcm clear. sekali dah nak keluar UM tu, dia punya sesak boleh buat orang puasa hilang saba. tp aku saba lagi. nak dekat 2 jam jugak la baru sampai rumah mkcik aku. aku gerak dari UM pukul 4.30pm, sampai, dlm 6.10 gitu. 

lepas solat asar terus la gerak balik um. sbb makcik aku takda kat umah.

nak balik UM tu ha, mcm mana entah khayalan pikir nak buka mee goreng mamak, sedar-sedar dah sampai tol sungai besi. aku da sala jalan. jadi kena lah u-turn dekat UPM. tp mcm mana entah aku ter"lalu" laluan nak ke the mines. 

"aik, mana u-turn ni? eh! ni nak pegi the mines. apa la bengong sgt lalu sini, dah la jem"

saba lagi....

kaki sakit sebab tekan clutch, tuka gear.

saba lagi...

bila keta langsung tak gerak, dah nak gelap tanda-tanda dah nak masuk waktu berbuka...

hilang sabar...

tapi nak marah diri sendiri sebab khayalan sampai sala jalan, mcm kerja yang sia-sia. jadi jalan terakhir nak meluahkan semua rasa di hati---> menangis.

dasyat punya menangis. sampai teresak-esak, tersedu-sedan...

"emak..... akak taknak berbuka dalam kereta. xda makanan dlm ni. akak tak nak berbuka sebab korek idung.. sobssobs.. emakk. warrgghhhh!!!! " sambil letak kepala kat stereng, tepuk2 stereng. dah mcm frust bercinta gayanya.

lantak lah klu orang kat kereta sebelah nampak.

tapi sebab takut batal puasa, aku berenti lah menangis. mungkin ada hikmah la tu aku sala jalan. mesti ada hikmahnya. tak pernah-pernah aku sala jalan, tiba-tiba ja aritu pulak boleh terkhayal.

tapi aku berjaya jugak sampai um sebelum waktu berbuka.

PERKARA SEDIH LAIN:

untuk short sem ni, aku duduk kolej 5, sbb klu duduk kolej satu mmg aku krikkrik la kat situ sorang. kat sini ada lah jugak budak kimia 3 ketui, campur aku, jadilah 4 ketui.

tp bilik lain2. aku duduk sorang, sbb roommate aku xsampai lg. dia tinggal laptop je kat atas meja dia. barang lain takda. aku musykil jugak. mcm ada satu citer tu. mcm ni bunyinya...

Salamah merupakan seorang pelajar universiti yang tinggal di kolej bersama seorang teman sebiliknya, samosa. samosa hanya ada di biliknya pada waktu malam. apabila salamah bangun subuh, samosa sudah tiada di bilik. bila ditanya, samosa mengatakan kelasnya bermula seawal pagi. kejadian ini berlanjutan selama satu semester. suatu hari, apabila salamah ingin memulangkan kunci kerana cuti semester telah pun bermula...

"adik tolong tanda tangan kat sebelah nama adik tu ye. kat ruang bilik no.ZX444", kata kak ros, pekerja pejabat kolejnya.

"oh, ok....ni dia kak. tapi akak tertinggal nama roommate saya tu. Samosa bt Sambalikanbilis. dia blum pulang kunci lagi kak", kata Salamah, dengan niat ingin dapat pujian sebab dah tunjukkan kesalahan org pejabat.

"oh, akak lupa la tu. ok, tq dek"

Salamah berlalu dengan riang gembiranya. sementara di dalam pejabat kolej...

"nasib kau lah budak. samosa tu dah lama takda kat dunia ni lepas mati mengejut tercekik biji guli.." 

-cerita ni aku pernah terbaca, tp tak tau dri mana, jadi aku buat la balik sambil tambah2 ikut suka aku

aku riso la jugak pasal roommate aku ni. tp sebelum aku masuk sini, aku dah tgk dah kat borang ada nama dia. insyaAllah manusia sebenar.

tapi satu malam tu, sebelum terlelap aku tgk la fesbuk. tiba-tiba ada la manusia ni pegi post gamba antu dalam keta. teringin sgt agaknya nak jadi antu. dah sampai sekarang aku tido bukak lampu. 

roommate aku sampai skrang tak sampai-sampai. 


sehari sebelum jadi perantau di bulan puasa. muka riang gembira


Tuesday, July 9, 2013

gamba lesen kepala besar


Aku rasa sangat taiko selama 4hari lepas. Sebab apa? Sebab bawak keta tanpa lesen. HAHA~



Lesen P aku mati… astaghfirullahalazim. Macam tak best perkataan “mat*” tu. Lesen P aku expired… dah mcm sardine la pulak, ada expired date segala.

Yang penting, lesen P aku dah tak boleh pakai la sejak 4hari lepas. Lesen P tu sampai 5 Julai aritu (jumaat), tp sebab petang jumaat tu baru aku ingat kena renew lesen dan atas sebab malas nak tangkap gamba, aku tangguhkan la dulu nak pergi pejabat JPJ tu.

Tiba2 pagi tadi aku ingat, dekat “KAD MAKAN KOLEJ 1” kan ada gamba!!! Yihah, rembat gamba tu je lah.

Lepas tu, kat depan pejabat JPJ, aku perati gamba lesen, dgn gamba kad dewan makan. Beza, memang berbeza. Gamba kad dewan mkn, dia zoom dekat sikit, menyebabkan kepala aku nampak ketara besarnye.

Tapi aku malas nak ambil pusing, aku tanya je orang kat kaunter pertanyaan, biar dia je ambil pusing pasal gamba besar kepala tersebut.

“Ye dek, nak apa?”, kata pemuda baik hati tersebut kepada aku..

(terus je me”label” orang tu baik hati sebab panggil aku adik. kau ingat senang ke nak dengar orang panggil aku adek, jarang oii. Selalu aku dilabel kak je, nyampah)

“Saya nak renew lesen. Sebelum ni lesen P. Boleh tak pakai gamba kepala besar ni?”

“ah, kepala besar? Hmmm, gamba cantik je boleh pakai dek. Ha, gamba ni boleh la sebab adik senyum nampak gigi dalam gamba ni..”

“hehe, terima kasih, terima kasih”, senyum je lah, aku rasa org baik hati tu buat lawak tadi…

Untuk dapatkan kepastian, aku tanya lagi kat kaunter yg bayar2 tu. aku tanya boleh tak pakai gamba tu. orang tu kata boleh.

Dan inilah hasilnya, gamba lesen kepala besar…


okey, kita tgk perbezaan dia



Lantak lah, besa ke kecik ke, janji da boleh tanggal tanda P dari ADAM MUKHRIZ.

P/S: ADAM MUKHRIZ adalah nama kereta kancil putihku.

Ei, nak citer lagi ni. Sepanjang aku takda lesen tu kan, aku dok asyik la mintak izin mak aku nak gi mana-mana kan, sat lagi mak aku mesti marah punya. Ini contoh dialog…

“mak, mak. Akak nak pegi kedai kejap ye. Nak beli eskrim durian” *buat muka kempunan.
(aku suka eskrim durian ni, satu singgit. Murah je. Selalu aku beli enam. 2 untuk aku, yang lain sorang satu)

“jangan mengada-ngada. takde lesen ada hati nak bawak keta. Duduk rumah!”

Sekali rupa-rupanya, mak aku punya lesen pun dah tamat tempoh 6hb julai tu. baru sedar tadi…

Kalau aku tau mak aku punya lesen abes 6hb aritu, boleh jugak aku suruh mak aku duduk rumah, jangan pergi sekolah. :P

*ok, aku tau la org lain da lama abes P . 

Sunday, July 7, 2013

KISAH MASA KECIL: BULI


Ni aku nak ceritakan pertemuan aku dgn si kaki buli, SALMAH (bukan nama sebenar).

Dulu aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Sri ehemehem kat jb. Dari darjah satu sampai darjah dua je. Pindah situ pun sebab mak aku sambung master kat UTM.

Aku memang berangan nak masuk kelas yg gah kat sekolah tu, mcm kelas 1 ARIF, 1 BIJAK sbb tu kelas budak2 pandai katanye. Tapi sebab belum ada rezeki nak jadi budak pandai, aku masuk la kelas 1 MAHIR, kelas ke-7 daripada 7 kelas. Lambat daftar, sbb tu masuk kelas ujung2… *alasan

Mula2 masuk kelas ni je, si ROKIAH (ni serius nama betul) ni hulurkan salam persahabatan. Nama je ROKIAH, tapi lawa beb. Rambut perang, kulit putih.

Tapi ROKIAH ni baiknye kejap je. Satu hari tu, dia suruh aku teman dia pegi tandas. Kat tandas tu dia takde pun nak melunaskan hajat ke apa, dan dan tu jugak dia cubit tangan aku. kuat. Kuat dia cubit. Cubit dan pulas. Lepas tu aku menangis…

Apa salah aku? Salah muka aku ke? Muka mintak di buli?

Lepas tu aku dah taknak kawan rokiah. Aku kawan dengan syafinaz. Dia ni anak pensyarah UTM. Baik sgt dengan aku.

Ok. Yang pasal SALMAH ni pulak, dia ni tak pernah pun sentuh ke, cubit ke, belasah orang kat sekolah tu. Cuma dia jenis suka cakap. Semua dia cakap, kitorang kena ikut. Kitorang ikut cakap dia sebab dia awal-awal masuk kelas je, dia teruih cakap mcm ni…

“abah kita kuat tau. Abah kita makan orang”

Jadi sebab takut kena makan dengan abah dia, kitorang pun ikut je la cakap si anak ni.

Perempuan gila anak saudagar penipu ( 3 abdul )

Hmmm… apa la tulus sangat hati aku masa kecik2 dulu kan. boleh pulak percaya ckp budak tu. tapi bukan aku sorang je ye yg percaya. Semua budak kelas 1MAHIR percaya ok ckp budak tu.


SALMAH ni jenis mintak duit kat orang, makan makanan orang. Kalau taknak bagi nnti dia panggil abah pemakan daging manusia dia tu datang sekolah. Hmmm, time tu aku pikir kenapa lah ayah aku ni makan nasi. Paling besar pun makan lembu. Kalau makan manusia jugak mesti ayah aku boleh lawan dengan abah dia.

Padahal, ayah aku kan tentera laut, pandai berenang, pandai silat, pandai pakai senapang. Mesti lagi kuat dari abah si SALMAH. Ye, betul tu.

Satu hari, masa makan malam, mak aku tanya mcm ni…

“kau makan apa kak kat sekolah? kebulur noo muka tu” (muka pelahap)

“akak tak ma.. uhukkk uhukk.. kan. akak tak makan, mak” muka kesian, mohon simpati ibu tercinta…

“mak bagi duit suruh beli makanan. Kenapa tak beli?!” cekak pinggang, tanda tak terpengaruh dengan muka kasihan si anak.

“ada kawan akak tu, dia makan mihun sup yg akak beli. tiap2 hari mak dia ambik mihun sup akak. Akak takut nak marah sebab abah dia makan orang”

“astaghfirullahalazim…”

mengadu~

Mungkin dalam hati mak aku cakap mcm ni, “apa la lurus bendul sgt anak aku ni?”…

eh, tak, tak. Mungkin dlm hati mcm ni la mak aku ckp, “apa la tulus sangat hati anak bertuah aku ni”

mak aku tanya lagi…

“kenapa dia amek makanan akak je? Orang lain tak makan ke?”

“makan, tapi dia suka mihun sup kantin. Orang lain bawak bekal, tak pun beli kuih je”

Tiba-tiba abang aku yang kedua nak tunjuk hero la kata nak datang jumpa budak tu. Tapi aku tak bagi, nnti abang aku kena makan macam mana? Abang aku tu dah la baru darjah 5. Badan aku pun nak sama besar mcm badan dia, ada hati nak lawan si abah pemakan daging manusia tu.

Abang aku yang pertama dah sekolah menengah. Tak sama sekolah dgn kitorg, tu dia tak masuk campur tu…

Lepas tu mcm mana ek? Hei, lupa la. Yg aku ingat abang aku yg ke2 tu dtg sekolah naik basikal (aku sekolah ptg, abg aku sekolah pagi), sekali si SALMAH tak datang. Tapi yag pastinya, abang si SALMAH tu kawan dengan abang aku.
*apa kena mengena entah, aku pun dah pelik dengan cerita kat perenggan ni. Ah lantak lah*

Dan darjah dua aku pindah ke Sekolah Kebangsaan Sri Binjai, batu pahat. Kat sini aku femes beb (ceh, perasan). Aku masuk kelas BIRU, kelas pertama daripada 2 kelas :P nama kelas tak best langsung. BIRU dengan MERAH.

tenang la gamba ni

Tapi sekolah sini rasa mcm tenang sikit la. Tak tau kenapa. Tapi tenang la. Sebab dekat dengan kubur ke? Astaghfirullahalazim.

Kat seri binjai ni, aku jadi pengawas, aku ramai geng. Geng-geng pengawas + pengawas perpustakaan. Cikgu2 kenal aku sebab mak aku ajk PIBG. Haha, entah apa2 la. Aku rindu gila dengan ketua geng kitorang. Syikin talib. Syikin, kau kat mana?! Tiap2 raya aku berniat nak pegi umah kau, tp aku tak ingat rumah kau kat mana. Yg aku ingat, rumah kau kaler purple. Banyak kin rumah kaler pepel kat tongkang ni. Sobsobs :’(