Saturday, December 21, 2013

keluarga lagi penting dari test...

Assalamualaikum~

2 minggu paling paling paling penat dah lepas. sebab apa penat. sebab ni:
-test berderet-deret-deret (semua nak buat minggu akhir, akhir)
-presentation (malam jumaat aritu gua tido 2jam je beb, presentation punya pasal)
-lab reportssss
-anis

"anis" dalam list kat atas bermaksud penulis perlu meluangkan masa menghadiri (pakej sekali dengan jadi penanggah) majlis perkahwinan anis dan pasangannya~

aku macam malas pulak nak membebel potpetpotpet banyak2. jom la kawan2 kita layan gambar.

 (penulis perasan ramai kawan-kawannya menanti-nantikan gambar perkahwinan abangnya, anis dan kakak ipar barunya, kaknad)

debaran terasa~
pengantin belum nikah, dia dah naik pelamin dulu~





hahaha... comelnye mak aku
aku tunjuk cap jempol (tanda bagus) tu maksudnya "yeay, lepas ni aku pulak kawen"
lepas majlis kat melaka (belah perempuan) kitorg pun jalan2 lerr.. pengantin tinggal.

rinddduuuuu danial

persiapan majlis belah lelaki (belah kitorang la)



dah mcm taman bunga pulak. seribu bunga telur la katakan

kesian danial, semua org busy, tak sempat nak main dengan dia :(


ketibaan pengantin~





eh, tiba-tiba ada gamba pengantin lama... hehe. ini lah dia orang besar majlis eh, orang kuat majlis kali ni. kiri tu pengarah projek (beliau dipaksa buat muka sweet) dan sebelah beliau pula penolong pengarah bahagian makanan.

majlis tu berlangsung hari ahad, isnin pagi aku ada kelas (ponteng), tapi isnin nak dekat pukul 3 petang baru aku gerak balik UM, sebab pukul 6 aku ada kelas ganti. mmg fast furious sungguh la aku kat highway itu hari.

mula2 aku nak balik awal la kan, lepas tu pengarah projek cakap kat aku macam ni...

"miza, baik kau balik lambat sikit, tolong mak...."

"tapi aku banyak test la minggu depan, report aku satu pun tak buat, presentation lagi... potpetpotpet..."

"tak, kau balik lambat je. tolong mak kemas rumah. kau punya test tu lulus la, jgn risau"

*kerut muka, buat muka pelik....

maksud pengarah kat sini sebenarnye dia nak bagi tau lah, kalau kita tolong mudahkan kerja mak ayah, nanti Allah pun tolong la mudahkan kerja kita. kan. keberkatan tu penting.

moto aku... keluarga lagi penting dari test

 test inorganic chemistry aritu nasib baik lulus. gua baca sikit2 jeee. ini betul sikit punya baca. tak sempat. sebab aku ada 4 test minggu tu. keberkatan tu penting.

sebenarnye masa umumkan markah ujian haritu (lecturer panggil nama sorang2, lepas tu dia sebut markah) aku berniat mcm ni... kalau aku failed, lepas tu lecturer tanya kenapa, aku nak jawab macam ni...

"abang saya la prof. kita sibuk nak exam, dia sibuk nak kawen"
(jangan terasa ye anis, gua bergurau saja... hoho)

kesimpulannya, walau sibuk macam mana pun kita, luang-luangkan lah masa untuk keluarga. selalu-selalukanlah balik kampung. yeayyyy. balik kampung. yeayy yeay...

Sunday, October 20, 2013

kenalkan.... ❤_❤

Assalamualaikum kawan-kawan...
lamanya tak update benda baru kat blog ni. berhabuknye, berhabuknya blog aku (ayat klishe)~

kerja banyak, tapi  nak jugak update blog. kenapa dgn aku ni?

ah lantak lah. haaaa, sekarang, aku nak kenalkan dia ni... tarraaa.....

tak dapat keta kaler merah, effect gamba kaler merah ni pun jadi le~
nama kereta ni yg kilang bagi : proton saga sv
nama yang tuan kereta bagi (sementara) : encik harris [sempena nama watak novel ombak rindu]
nama yang tuan kereta bagi (kekal) : SHAH RUKH KHAN

dulu masa kitorang adik-beradik belum pandai baca lagi, mak aku dah cakap macam ni...

"siapa yang masuk universiti, mak hadiahkan kereta baru sebijik"

mula-mula, aku taknak pun mintak keta baru. ye lah. dah adik2 aku kan selang setahun je. sah-sah la anak mak aku masuk u tiap2 tahun. dah tu, tiap2 tahun nak beli keta baru, kesian la kat mak kan (anak yg bertimbang rasa la katakan)

tapi aritu disebabkan aku tertipu dgn iklan kat tv pasal saga sv 250 je sebulan (sila baca tulisan condong tu sambil buat muka).... mmg la betul 250 sebulan, tp utk tahun pertama je, pastu naik lagi, naik lagi dan lagi. interest pun mahal blablabla... pastu salesman tu cadangkan bayaran yg tetap punya. mahei sikit.

aku pun konon2 ckp, "tak payah la mak"

tapi sebab mak aku ni muka je macam garang, tp bila tgk muka kesian aku je, teruih syahdu...

"beli je la. mak bayor. beli, beli"

3minggu lepas tu, SHAH RUKH pun dtg rumah...




dapat pun pelekat UM. leceh betul nak dpt sticker ni. urrgghhh, tak nak ingat. haaaa, kat dalam kolej pun aku da dapat petak parking. pastu, malam tadi, felo yang selalu bagi "saman" kat ADAMMUKHRIZ dulu, pandang je SHAHRUKH. Pastu dia tanya kat kwn aku, pasal masa tu lepas parking aku gi kafe, kwn aku yg terserempak dgn dia....

"ni keta sendiri ke? betul ke petak parking ni utk keta tu?"

baca la no plat tu sendiri. betul tau. saya da trauma da asyik dapat kertas pink je...

ada airbag pun kena pki tali pinggang tau!
dah isi penuh, dari upm sampai batu pahat hanya memerlukan 3 bar minyak sahaja. 
aku tak tau la keta ni jimat minyak ke tak, pasal aku rasa mcm tiap2 kali asyik kena isi 40hengget je. banyak tau 40 hengget bagi student mcm aku ni. lain la citer dia klu jpa sediakan elaun duit minyak~

manual di hati ku 
orang selalu tanya...

"kenapa beli manual? beli la auto"

aku jawab (dlm hati)...

"sukati mak aku la. dah duit dia"

jawapan sebenar...

1. biar orang tak pinjam. kwn2 kebanyakannya tak reti bwk manual. alhamdulillah. HAHAHA~
2.manual lagi murah. jimat. maintenance pun tak mahal.
3. kau pernah nampak ke orang lumba keta dlm fast furious tu bawak keta auto?

dan secara rasminya, adammukhriz diserahkan kepada dak nisak... bye dam :'(


Tuesday, October 8, 2013

photo paper murahan~


ink ni kan, saje jeeee. time jpa belum masuk ni la dia nak habis pulak. nasib baik ink tak mahal sgt. 27hengget sebijik. 2 bijik 54ringgit.

sebelum beli printer ni, aku ada la tertengok iklan dia. katanya boleh print 480 muka surat. hmmm, tp aku tak kira la pulak, ada sampai 480 muka surat ke nota2 aku? jangka masa ink ni adalah dalam 1 sem lebih sikit campur dgn short sem itu hari.

masa ronda kat digital mall tadi, ternampak pulak photo paper murahan. aku pun beli la. bila dah beli, excited pulak nak print gamba kan.

dengan perasaan teruja dgn ink dan photo paper baru, di tambah2 pula dgn perasaan rindu yang mencengkam di dada (cewah), aku pun print la gamba budak ni...

photo paper je murahan, budak dlm gamba ni mahal"an" ok

boleh la aku tatap gamba ni sebelum tido hendaknya. sobs :'(

Friday, October 4, 2013

nota misteri~

seperti hari-hari biasa, kira-kira pukul 7.30 pagi, aku dan rakan-rakan sudah bersedia untuk pergi ke kelas. tiba-tiba aku ternampak nota kecil yang sudah basah (disebabkan malam tu hujan lebat) diselitkan di pintu kereta. (malas la nak pakai ayat novel)

"siapa lagi nak saman aku ni? ughhh" (trauma asyik dapat nota sala parking je)

tapi kali ni bukan nota saman. tapi nota "i <3 u".. wuhhuuu~


scary jugak la ayat dia. "setiap hari saya tengok awak"? 

sape je budak kolej yang tau kereta aku yang terkini, pasal aku dah tuka keta da sekarang. aku tak pakai dah ADAMMUKHRIZ(novel adam hawa), aku dah naik EN.HARIS (novel ombak rindu) sekarang.

petang tu, terus je aku tukar tempat parking. parking jauh sikit. 


Friday, September 13, 2013

danial omel angat

danga bay...
beberapa hari sebelum naik semester baru, aku dgn kwn2 geng mamak pun buat la reunion. kitorg makan2, pergi danga bay semua... pung pang pung pang macam biasa, aku pun menumpang la rumah abg dan kakyat untuk satu malam (cantik beb danga bay sekarang, teruja aku. tp skrang mood nak citer pasal danial, pasal reunion tu lain hari aaa, jgn maraa aaa *ayat bujang lapok).

dan sudah pasti danial dengan terujanya menanti ketibaan aku~

gamba ni konon2nya nak bgtau la dak danial ni tunggu aku depan pintu. (angan2)
wakrok a.k.a ronica premjit yang ketika itu dengan sukarelanya nak menghantar aku ke rumah abang aku disebabkan keterujaan beliau untuk berjumpa danial. tidak ketinggalan, fathiah pun nak jumpa danial jugak.. 

kata wakrox, "aku nak jumpa danial nok, bukannya apa, selalu tgk video je..."

kata fathiah, "aku nak jumpa danial sekali pun jadi lah nok...kejap pun jadi lah"

kata paie, "alaaa, aku nak jumpa danial, tp mlm ni aku ada marhaban... :( sobs"

dan sudah pasti, danial tak menghampakan harapan "peminat2" dia kerana tatkala kami sampai sahaja di kediaman danial, dia dengan tidak semena-menanya menghempas kerusi plastik beliau yg berwarna hijau...

selepas aktiviti hempas menghempas, beliau pun posing ala2 macho gitu bila nampak lensa kamera maklang beliau.... 

olololoooo, comel tak? comel tak danial? comel kan :)
malam pulak, kami adik beradik (abg kakyat aku) bersama danial pegi la mkn kat luar. org tua makan nasik bior tambah lemak, budak kecik (danial) makan biskut bior pipi tembam...


lepas tu pergi la kedai barang basah ke apa entah nama kedai tu, sbb kakyat nak beli barang untuk makanan tetamu (aku) utk keesokan harinya.

danial pada mulanya kelihatan sugul, bosan barangkali kat kedai tu. aku pun tak tau la apa yang dipikir danial sampai muka dia kelihatan kebosanan seperti ini....

muka danial mcm tgh ckp mcm ni, "hmmmm" (mengeluh)
tiba-tiba danial teruja... dia sebut "eeeeee, eeeee"
aku ingat apalah eeee, eeeee, rupanya dia nampak ikan keli tgh gerak-gerak dlm bekas "ikan2 keli"



kuat betoi suara danial. semua orang tgk dia. danial ni suka tarik perhatian orang ramai la kan... syabbas bette.

danial kaya ooo, ada kereta sport dgn motomacikal superbike. pandai kot budak kecik ni bawak keta ke depan kebelakang. bijak2

danial yg bergerak sepantas kilat telah menyebabkan lensa kamera maklangnya hanya mampu menangkap gamba bayang2 beliau sahaja

p/s: post ini terlahir kerana penulis rindu anak buah beliau. harap maklum :'(

Wednesday, September 4, 2013

senyum :)


esok, geng mamak nak buat reunion lagi. kali ni insyaAllah cukup 8 orang. bestnye. senyum jom kawan2 :)

apa tu geng mamak? sila klik sini: http://pinoctakdekaliskalis.blogspot.com/2013/02/reunion-geng-mamak.html

Wednesday, August 28, 2013

Ayat-ayat kesian

last night, I've called my lovely mom.. i asked her to come to KL this Friday. then she answered like this...

"many pretty faces you..."

terjemahannya...
"banyak cantik muka kau..."

lama la jugak sesi pujuk-memujuk sambil buat ayat sedih seperti ini...

"mak, kesian kat akak mak. dah la sorang2 kat perantaun ni. mak ayah adik beradik jauh. makan mi segera je tiap2 hari (auta)...blablabla"

"hemmm, tengok la nnti macam mana...ok, bye"

tuuutttt, tuuutttt, tuuutttt....

aku bukannya saja2 nak bermanja gitu, dah kebetulan adik aku dak ninot tu nak masuk daftar UPM hari AHAD ni (chemical engineering beb~), jadi aku suruh la mak aku dtg awal, hari jumaat mlm ke... boleh luangkan masa dgn anak perempuan dia yg paling comel masa kecik2 ni..

bosan la jugak hidup bila kena pergi makmal tiap2 hari utk siapkan FYP. dah macam org bekerja. gerak pergi "kerja" pukul 6.30pagi, balik "kerja" pukul 5.30ptg.


sorry kawan2. gamba bergetar sikit. almaklumlah, sambil bawak keta, sambil tangkap gamba... (jgn tiru aksi ini kerana aksi ini telah menyebabkan penulis lupa nak tukar gear 3 selama 15 saat)

sebenarnya, dua gamba kat atas tu amik pada waktu yg nak dekat sama (6.40pagi, gamba atas tu amek lambat sikit). saja ja nak buat citer sedih kunun2 balik pun gelap...

selalu kalau aku sunyi, aku pergi merempat ke UKM. kat situ je lah tempat menumpang kasih... SOBS SOBS... :'(  ruby dah balik perak. sambung fyp naik sem nnti. faz dgn aren awal2 dah cancel nak buat project atas sebab2 yg tak boleh dielakkan. pau seri pulak takyah buat project pasal dia budak applied chem.

nasib baiklah dak nisak buat short sem, klu tak boleh kemurungan aku sorang2 kat sini. (tapi semalam dia dah habis exam = cuti = untung laa)

asal bosan je...

makan....


gemuk...

penulis suka pakai "selendang hadiah hari jadi dari mean dan purra" ni pasai selendang ajaib ni katanya boleh buat muka gemuk jadi kuruih. bravo!
ronda-ronda...


sesat...

gelabah...

tau-tau dah sampai tempat yang dituju...

hujung minggu akan jadi bosan kalau terperuk sorang2 kat rumah. kalau jalan2, duit pun jalan macam air. (air mengalir ye adik2, bukan berjalan. jgn tiru ayat ini)

weekdays pulak akan jadi sangat menekankan bagi penulis sehingga senak perut beliau jika benda alah ni.....


..... main kasar dengan penulis. main kasar bermaksud alat ini tidak menunjukkan bacaan yang tetap dan anggun. harap maklum.

harapnya mak aku terbukak la hati nak dtg KL awal bila tgk muka kesian anak perempuan sulong dia ni haa... sobs sobs :'(



Saturday, August 17, 2013

danial+maklang masa kecik = comel abadi~


Pada suatu hari, semasa dalam perjalanan untuk beraya ke rumah sanak-saudara, disebabkan danial kelihatan tenang duduk di seat penumpang bersama umi dia, maka kami pun laung-laung kan nama danial sampai dia rasa terganggu...




"ah, takde-takde. danial tak payah la tunjuk ayah danial jalan. ayah danial tau jalan la. nenek maklang mokcu mokteh nak dengar citer danial, tadi kata nak bercerita..."

lantas danial pun bersetuju untuk bercerita tentang kisahnya...

***kalau danial tak setuju, mungkin pipi gebunya akan menjadi tak gebus dikerjakan makcik-makciknya....






memang danial. penat dah maklang bagitau yg danial ni comel sbb maklang dulu comel. tp semua orang tak caya. asal maklang cakap mcm tu je, diorang buat muka nak muntah. maklang pun hairan~

diorang semua suruh tunjuk bukti. tapi gamba maklang hilang sejak form 2 dulu. tak boleh la nak tunjuk.

tapi kan danial, kan, kan... kannnn.... maklang dah jumpa balik gamba2 tu masa kemas rumah sebelum raya aritu. HAHAHA. *maklangdanialketawabesarsebabteruja~

nah, ni buktinya...





***ok. dah tak pakai dialog perbualan bersama danial...

gamba2 ni dah lama gila hilang. tapi mungkin ada hikmahnya kot. yelah, klu hilang, takde lah aku riak takabbur tunjuk gamba masa kecik kat kwn2 aku dulu.... *skrang ni saja ja nak tunjuk, bukti.. mana ada riak, kan?...

bila dah lama tak tgk gamba masa kecik, aku pun lupa lah muka aku masa kecik dulu. jadi aku pun rasa sedikit was-was.

"ni muka aku ke? knp comel sgt? comel mcm danial" (hehehe)

tapi bila tgk gamba bwh ni, aku percaya la tu mmg muka aku masa kecik. kan sama tu, sama mcm muka aku senyum skrang. hehehe~

tp adik aku kata gmba bwh ni tak comel. mcm muka aku skrang klu pki puting. *eleh, dengki la tu


jadi skrang, maklang memang dah masuk dalam kategori keecomelan danial. kan danial kan. kita geng~

kesian nisak, gamba dia masa kecik ada satu je. tu ha, kat atas tu je lah gamba dia masa kecik. hahaha. klu gamba aku, siap pegi suruh photographer amikkan~~~

danial jgn risau, gambar danial, video danial, semua berlambak-lambak dalam simpanan makcik2, pakcik, nenek, atuk, umi dan ayah danial.

ni contoh2 gamba danial~




danial pikir klu danial sembunyikan pipi danial, makcik2 danial akan tertipu?~ no way
jadi danial tak payah risau. klu org tanya danial comel ke tak masa kecik dulu, maklang sedia tunjukkan buk....ti... eh, danial, danial! laa, bangun la. kenapa tido ni? maklang belum habis membebel...

"klu nak tunggu maklang abes membebel,  mmg terganggu la masa tidur danial nnti"
ye la, ye la. ok. bye. assalamualaikum~