Friday, September 13, 2013

danial omel angat

danga bay...
beberapa hari sebelum naik semester baru, aku dgn kwn2 geng mamak pun buat la reunion. kitorg makan2, pergi danga bay semua... pung pang pung pang macam biasa, aku pun menumpang la rumah abg dan kakyat untuk satu malam (cantik beb danga bay sekarang, teruja aku. tp skrang mood nak citer pasal danial, pasal reunion tu lain hari aaa, jgn maraa aaa *ayat bujang lapok).

dan sudah pasti danial dengan terujanya menanti ketibaan aku~

gamba ni konon2nya nak bgtau la dak danial ni tunggu aku depan pintu. (angan2)
wakrok a.k.a ronica premjit yang ketika itu dengan sukarelanya nak menghantar aku ke rumah abang aku disebabkan keterujaan beliau untuk berjumpa danial. tidak ketinggalan, fathiah pun nak jumpa danial jugak.. 

kata wakrox, "aku nak jumpa danial nok, bukannya apa, selalu tgk video je..."

kata fathiah, "aku nak jumpa danial sekali pun jadi lah nok...kejap pun jadi lah"

kata paie, "alaaa, aku nak jumpa danial, tp mlm ni aku ada marhaban... :( sobs"

dan sudah pasti, danial tak menghampakan harapan "peminat2" dia kerana tatkala kami sampai sahaja di kediaman danial, dia dengan tidak semena-menanya menghempas kerusi plastik beliau yg berwarna hijau...

selepas aktiviti hempas menghempas, beliau pun posing ala2 macho gitu bila nampak lensa kamera maklang beliau.... 

olololoooo, comel tak? comel tak danial? comel kan :)
malam pulak, kami adik beradik (abg kakyat aku) bersama danial pegi la mkn kat luar. org tua makan nasik bior tambah lemak, budak kecik (danial) makan biskut bior pipi tembam...


lepas tu pergi la kedai barang basah ke apa entah nama kedai tu, sbb kakyat nak beli barang untuk makanan tetamu (aku) utk keesokan harinya.

danial pada mulanya kelihatan sugul, bosan barangkali kat kedai tu. aku pun tak tau la apa yang dipikir danial sampai muka dia kelihatan kebosanan seperti ini....

muka danial mcm tgh ckp mcm ni, "hmmmm" (mengeluh)
tiba-tiba danial teruja... dia sebut "eeeeee, eeeee"
aku ingat apalah eeee, eeeee, rupanya dia nampak ikan keli tgh gerak-gerak dlm bekas "ikan2 keli"



kuat betoi suara danial. semua orang tgk dia. danial ni suka tarik perhatian orang ramai la kan... syabbas bette.

danial kaya ooo, ada kereta sport dgn motomacikal superbike. pandai kot budak kecik ni bawak keta ke depan kebelakang. bijak2

danial yg bergerak sepantas kilat telah menyebabkan lensa kamera maklangnya hanya mampu menangkap gamba bayang2 beliau sahaja

p/s: post ini terlahir kerana penulis rindu anak buah beliau. harap maklum :'(

Wednesday, September 4, 2013

senyum :)


esok, geng mamak nak buat reunion lagi. kali ni insyaAllah cukup 8 orang. bestnye. senyum jom kawan2 :)

apa tu geng mamak? sila klik sini: http://pinoctakdekaliskalis.blogspot.com/2013/02/reunion-geng-mamak.html