Wednesday, August 28, 2013

Ayat-ayat kesian

last night, I've called my lovely mom.. i asked her to come to KL this Friday. then she answered like this...

"many pretty faces you..."

terjemahannya...
"banyak cantik muka kau..."

lama la jugak sesi pujuk-memujuk sambil buat ayat sedih seperti ini...

"mak, kesian kat akak mak. dah la sorang2 kat perantaun ni. mak ayah adik beradik jauh. makan mi segera je tiap2 hari (auta)...blablabla"

"hemmm, tengok la nnti macam mana...ok, bye"

tuuutttt, tuuutttt, tuuutttt....

aku bukannya saja2 nak bermanja gitu, dah kebetulan adik aku dak ninot tu nak masuk daftar UPM hari AHAD ni (chemical engineering beb~), jadi aku suruh la mak aku dtg awal, hari jumaat mlm ke... boleh luangkan masa dgn anak perempuan dia yg paling comel masa kecik2 ni..

bosan la jugak hidup bila kena pergi makmal tiap2 hari utk siapkan FYP. dah macam org bekerja. gerak pergi "kerja" pukul 6.30pagi, balik "kerja" pukul 5.30ptg.


sorry kawan2. gamba bergetar sikit. almaklumlah, sambil bawak keta, sambil tangkap gamba... (jgn tiru aksi ini kerana aksi ini telah menyebabkan penulis lupa nak tukar gear 3 selama 15 saat)

sebenarnya, dua gamba kat atas tu amik pada waktu yg nak dekat sama (6.40pagi, gamba atas tu amek lambat sikit). saja ja nak buat citer sedih kunun2 balik pun gelap...

selalu kalau aku sunyi, aku pergi merempat ke UKM. kat situ je lah tempat menumpang kasih... SOBS SOBS... :'(  ruby dah balik perak. sambung fyp naik sem nnti. faz dgn aren awal2 dah cancel nak buat project atas sebab2 yg tak boleh dielakkan. pau seri pulak takyah buat project pasal dia budak applied chem.

nasib baiklah dak nisak buat short sem, klu tak boleh kemurungan aku sorang2 kat sini. (tapi semalam dia dah habis exam = cuti = untung laa)

asal bosan je...

makan....


gemuk...

penulis suka pakai "selendang hadiah hari jadi dari mean dan purra" ni pasai selendang ajaib ni katanya boleh buat muka gemuk jadi kuruih. bravo!
ronda-ronda...


sesat...

gelabah...

tau-tau dah sampai tempat yang dituju...

hujung minggu akan jadi bosan kalau terperuk sorang2 kat rumah. kalau jalan2, duit pun jalan macam air. (air mengalir ye adik2, bukan berjalan. jgn tiru ayat ini)

weekdays pulak akan jadi sangat menekankan bagi penulis sehingga senak perut beliau jika benda alah ni.....


..... main kasar dengan penulis. main kasar bermaksud alat ini tidak menunjukkan bacaan yang tetap dan anggun. harap maklum.

harapnya mak aku terbukak la hati nak dtg KL awal bila tgk muka kesian anak perempuan sulong dia ni haa... sobs sobs :'(



Saturday, August 17, 2013

danial+maklang masa kecik = comel abadi~


Pada suatu hari, semasa dalam perjalanan untuk beraya ke rumah sanak-saudara, disebabkan danial kelihatan tenang duduk di seat penumpang bersama umi dia, maka kami pun laung-laung kan nama danial sampai dia rasa terganggu...




"ah, takde-takde. danial tak payah la tunjuk ayah danial jalan. ayah danial tau jalan la. nenek maklang mokcu mokteh nak dengar citer danial, tadi kata nak bercerita..."

lantas danial pun bersetuju untuk bercerita tentang kisahnya...

***kalau danial tak setuju, mungkin pipi gebunya akan menjadi tak gebus dikerjakan makcik-makciknya....






memang danial. penat dah maklang bagitau yg danial ni comel sbb maklang dulu comel. tp semua orang tak caya. asal maklang cakap mcm tu je, diorang buat muka nak muntah. maklang pun hairan~

diorang semua suruh tunjuk bukti. tapi gamba maklang hilang sejak form 2 dulu. tak boleh la nak tunjuk.

tapi kan danial, kan, kan... kannnn.... maklang dah jumpa balik gamba2 tu masa kemas rumah sebelum raya aritu. HAHAHA. *maklangdanialketawabesarsebabteruja~

nah, ni buktinya...





***ok. dah tak pakai dialog perbualan bersama danial...

gamba2 ni dah lama gila hilang. tapi mungkin ada hikmahnya kot. yelah, klu hilang, takde lah aku riak takabbur tunjuk gamba masa kecik kat kwn2 aku dulu.... *skrang ni saja ja nak tunjuk, bukti.. mana ada riak, kan?...

bila dah lama tak tgk gamba masa kecik, aku pun lupa lah muka aku masa kecik dulu. jadi aku pun rasa sedikit was-was.

"ni muka aku ke? knp comel sgt? comel mcm danial" (hehehe)

tapi bila tgk gamba bwh ni, aku percaya la tu mmg muka aku masa kecik. kan sama tu, sama mcm muka aku senyum skrang. hehehe~

tp adik aku kata gmba bwh ni tak comel. mcm muka aku skrang klu pki puting. *eleh, dengki la tu


jadi skrang, maklang memang dah masuk dalam kategori keecomelan danial. kan danial kan. kita geng~

kesian nisak, gamba dia masa kecik ada satu je. tu ha, kat atas tu je lah gamba dia masa kecik. hahaha. klu gamba aku, siap pegi suruh photographer amikkan~~~

danial jgn risau, gambar danial, video danial, semua berlambak-lambak dalam simpanan makcik2, pakcik, nenek, atuk, umi dan ayah danial.

ni contoh2 gamba danial~




danial pikir klu danial sembunyikan pipi danial, makcik2 danial akan tertipu?~ no way
jadi danial tak payah risau. klu org tanya danial comel ke tak masa kecik dulu, maklang sedia tunjukkan buk....ti... eh, danial, danial! laa, bangun la. kenapa tido ni? maklang belum habis membebel...

"klu nak tunggu maklang abes membebel,  mmg terganggu la masa tidur danial nnti"
ye la, ye la. ok. bye. assalamualaikum~

Wednesday, August 14, 2013

mimpi apa ni?!




malam tadi aku mimpi pelik. bangun2 tido je rasa nak mengamuk.

"ei, penat la tido klu mimpi mcm ni. tak rasa mcm tido. rasa mcm baru lepas berlari..."

aku pun tak tau la nak kisahkan mcm mana mimpi ni. yg penting, mimpi ni pasal kat kampung atuk aku kat parit sulong.


BAYANGKAN....

suasana hari tu (dlm mimpi) gelap. siang, tapi gelap sbb mendung ke jerebu tak pasti. yg penting awan gelap. tiba2, ada satu awan putih yg bercahaya muncul. awan putih muncul, dia sedut semua awan gelap. awan gelap hilang... terus je terang kawasan kampung aku tu. terang, tenang.


aku yang tengah kagum melihat kejadian yg luar biasa tu (klu aku tau tu mimpi, konfem aku tak kagum, tp aku terbang naik awan putih tu) terus panggil mak aku. cerita kat dia kejadian yg aneh tersebut.

mak aku cakap tu awan mak aku. tp aku tak percaya, mcm mana mak aku boleh ada awan pulak? kan tu rumah atuk aku, patutnya tu awan atuk aku. (aku pun tak pasti knp aku pikir mcm tu. mana la logik manusia kena ada awan masing2)

tiba-tiba, dari kejauhan, ada sekumpulan org pakai baju sama warna, tp aku tak ingat warna apa. mungkin sbb mimpi aku tu mcm citer zaman dulu2. takda warna, itam putih.

mungkin sbb siang tu aku tgk citer tiga abdul, tu pasal la mimpi aku itam putih. btol tu!


semua orang yg pki baju sama warna tu muka baik sangat2. suka senyum. tp dalam hati aku cakap yg diorang tu org jahat.

diorang tanya mcm ni...

"siapa punya awan putih tu?"

aku senyap, sebab aku taknak diorang amik mak aku. pastu diorang tanya lagi...

"siapa punya awan putih tu? kami bukan org jahat. jgn takut"

mana ada org jahat ckp diorg tu jahat. aku pun terus je larikan diri. aku suruh semua org dlm rumah atuk aku sembunyi.

aku lari

lari

lari

lari.....

diorang kejar

kejar

kejar....

semput aku. kuang ajar punya orang jahat. aku nak tido pun tak senang. ingat tak penat ke berlari. aku tak suka lari. hobi aku suka jalan lenggang kangkung. klu aku tau tu mimpi, konfem aku tak lari. tapi aku keluarkan kuasa bebola api dari tapak tangan aku. ha, berani kau nak kejar aku lagi? mari, mari....

pastu aku dah tak ingat da apa jadi. panjang sgt mimpi dia. jadi pagi tu dlm lab, sbb aku dtg awal, aku pun gigih la google maksud mimpi tersebut...

"mendapat kebahagiaan dl perkahwinan" wuhhhuuu~
sumber: google.com

tp mana boleh percaya sgt mimpi ni. kan mimpi tu permainan tido. tp knp aku mimpi pasal atuk dgn mak ek? aku ada buat salah ke?

tak lah. mungkin sebab aku rindu mak dan tak puas berhari raya di kampung kot. tu pasal la aku mimpi kg tu.

mungkin jugak sebab bilik ni da seminggu lebih takda org duduk, makanya dia.... argghhhh. mana ada apa2 kat bilik ni. astaghfirullahalazim.

mintak2 la mlm ni takda mimpi lari-lari. mimpi berehat-rehat di tepi pantai pun best juga~