Friday, June 21, 2013

monyet menggila

zreetettttrettttttt!!!! ngengggggg, ngengggg
(penulis tak pasti bunyi sebenar orang potong pokok)

bising betul laahh. dari pagi sampai ke petang, tak habis-habis potong batang pokok tu. aku nak tidur sekejap pun tak senang lah... *sambil hentak-hentak kaki, dan sambung menelaah pelajaran.

"agak-agaknya, monyet-monyet kat sini tak kecik ati ke pokok diorang kena tebang?"

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

"ketua! ketua! mereka datang lagi. kali ni mereka memang carik pasal dgn kita ketua", kata John, monyet berjawatan tinggi dalam Organisasi Monyet-Monyet Penggempur Malaya.

"apa pula yang mereka lakukan kali ini John?", tanya Ben, ketua organisasi itu dengan muka bengisnya.

"Mereka sudah tebang dahan-dahan pokok yang selalu kita gunakan untuk latihan ketenteraan ala-ala gerila kita, ketua!"

kenapalah manusia ni tak serik-serik lagi? hari tu, bila ada budak perempuan konon-konon nak tunjuk berani halau kita dari tandas mereka, kita dah tunjuk dah taring kita. Ini tanda yang kita kaum monyet bukannya kaum lemah yang mudah di buli sesuka hati mereka.

"baik. jika ini yang mereka mahu, kita lawan mereka! kita panggil tentera dari seluruh dunia untuk bantu kita. kita panggil kaum beruk, gorilla, babun dan yang paling penting, king kong untuk bantu kita. kita pasti menang. GEMPUR!", seru ketua dengan semangatnya.

Sejurus itu, bergema lah sahutan "GEMPUR!" dari kalangan kaum-kaum monyet sekalian Malaya.

Kamu ambil dahan kami! sedangkan hak dahan itu, hak kami!



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

uiiiihhh.... *geleng-geleng kepala

gila tak gila kalau monyet betul-betul ada latihan ketenteraan ala-ala gerila. makin fobia aku dgn monyet2 ni. monyet liar kat kolej ni pun dah nampak ganas habis da. inikan pula monyet bijak yg tau strategi ketenteraan.

"eh, bukan aku nak sambung study ke tadi? knp berangan pasal monyet ni?"

mood study: rasa nak hantuk kepala kat meja, biar kuat daya ingatan pakej dgn hilang ngantuk sekali......