Monday, April 8, 2013

Berbicara soal jodoh.... hoho

JODOH…

Selama ni, aku pikir… kalau kita nampak jodoh kita, mesti ada satu rasa yang terdetik di hati. Yang memberi tanda itu jodoh kita… macam jantung berdebar-debar ke, menggigil-gigil ke (dah mcm tanda2 ketakutan lah pulak).

Alaaa, macam lagu melly goeslow tu..

“ketika cinta bertasbih, nadiku berdenyut merdu.. lalala” 

Lagi satu lagu ni… (saja ja letak lagu dlm blog ni, sempena entry ni)

“… kau membuat jantung berdebar, tubuhku bergetar…” 

Kebanyakan novel yg dijual dipasaran pula turut menyatakan ayat2 seperti ini…

…hati Abu berirama merdu tatkala matanya tertancap pada pandangan mata Siti… 

Tapi aku terpikir jugak… betul ke? Ye lah… kalau nak diikutkan berdebar-debar aku ni, kira banyak dah jodoh yg aku jumpa… macam tak betul je fakta ni.

Lagi satu, penulis2 novel cinta ni kadang2 kahwin pun belum… macam mana diorang boleh tau yang berdebar-debar tu jodoh ke, syaiton ke?

Jadi aku pun tanya lah orang yg berpengalaman…

“MAK, MAK…”

“Ye anak kesayanganku…” (hehe, berangan je mak nak jawab mcm ni)

“macam mana mak jumpa ayah dulu ye?”………..


KISAH SATU…


Suatu petang yang damai, di stesen bas di…
*penulis tak pasti stesen bas lumut ke, pulau pinang*



Mak aku dengan kawan dia masa tu nak balik kampung sempena cuti semester (dulu mak aku belajar kat USM).

Tiba-tiba ada la dua orang mamat duk lepak2 tunggu bas kat situ jugak. Sorang tu peramah sungguh. Yang sorang lagi senyap je kat situ.

Cuba teka mana satu DATUK DANIAL??

Mestilah yang duk senyap2 kat situ tu datuk danial. Bapak aku ni hansem ooo masa muda2 dulu, tak payah nak ayat banyak2, dia pandang je, teruih boleh jatuh cinta beb… tak caya ke bapak aku hansem? Jap, ni ada gamba dia masa muda…

kiri sekali tu la bapak aku. smart la tentera laut

datuk danial ---> dua dari kanan
abaikan la yg tak pki baju tu. bpk aku pki baju putih kiri sekali. (baju gmba kartun ke tu?) 

Sebenarnye takdelah sampai pandang je dah buat orang jatuh cinta. Aku tak tau lah macam mana cara2 mengayat ke apa ke, yang penting mak aku kahwin dengan ayah aku lepas seratus hari jumpa… takde lah nak kenal lama2 sgt. Kan itu lagi baik.



Boleh tahan jugak taste mak aku ni kan. orang kata, anak perempuan akan cari jodoh yang serupa dengan ayah dia. Boleh jadi jodoh aku tentera laut yang hansem… HOHO~

“so, mak ada berdebar-debar ke masa mula2 jumpa ayah dulu?”
“isyh, mengarut je. Jumpa lepas tu macam biasa je lah. mana ada berdebar-debar”

Ok. Saksi pertama xde rasa berdebar-debar…

Hhmmm, nak tanya siapa lagi ek yg dah kahwin? EK ELEH, mak ayah danial kan dah kahwin jugak… tanya mereka lah.

KISAH DUA…

tak pki baju (hafiz harun), paling kiri (hanis harun).. yg lain2, sepupu.
Aih, dulu bodo2 je abang aku ni. sekarang dah jadi bapak orang dah…

“abang, macam mana ek kau tau kak yat tu jodoh kau?”

“hemm, mana aku tau. Aku main amik je no telefon awek2 cun kat majalah kolej 3. lepas tu kak yat layan, sangkut la”

“cakap betul2 la ta alip hi . aku tanya betul2 ni. kau takde rasa berdebar-debar ke, apa ke?”
Hampir tersembur air liur beliau tatkala terdengar berdebar-debar…

“geli siot. Mana ada berdebar-debar segala”

Cakap dalam hati…
“habis kenapa dlm novel sume ada pasal berdebar-debar? Aih, geram aku. kena tipu hidup2”

Tanya kakyat la. Abg aku ni bukan boleh beza reality ke, menipu ke… sama je.

“kakyat, mcm mana kakyat boleh kenal abang?”

“mula2 kenal abang ye? Hmm, mula2 tu kakyat kena tipu dengan abg. Dia konon2 salah bagi msg. selalu kakyat malas nak layan org sala no ni, tp abg miza bijak. Konon2 msg tu penting. Pasal nak hantar borang ptptn kat putrajaya. Hmmm, lepas tu berlanjutan. Tp tak pernah jumpa pun”

“ooo, bila first time jumpa tu?”

“bila dah lama tu abg ckp nak jumpa. Dia dtg rumah sewa kakyat. Tp kakyat bohong la dia balik. dia sampai pagi, tp sampai ke tengah hari kakyat suruh dia pusing2 kat kawasan tu. lepas tu dah lama sgt, dia ckp dia panas. Belum sarapan . Kakyat pun turun la… kesian.”

“so, ada berdebar-debar tak?”

“aih tak abis2 dgn berdebar-debar”

“abis dalam novel selalu mcm tu…”

“pengaruh novel betul la. Xde pun rasa berdebar-debar tu”

sumber gambar taiko dan isteri taiko adalah dari fesbuk mereka...

wuwu, merpati dua sejoli~
Dan dari bersms, pusing2 kawasan rumah sewa dan berlanjutan lah ke jinjang pelamin. Wuwuwuwu~

wow, kelas kau jah~
Dan lahirlah budak comel ni yg menceriakan keluarga kecil kami…

hot mama...
Pasangan kedua pun xde rasa berdebar. Kesimpulannya, jangan banyak baca novel sgt. NOVEL PENIPU~

Aku ni cakap je dengan mak aku, umur 21 tahun nak kahwin. Poyo je lebih. Kalau tiba2 ada orang cakap nak jumpa mak ayah, nak melamar, boleh demam terkejut aku. uih, uih.. tak nak! Tak nak! Eh sala. Bukan tak nak, tp… belum nak! Belum lagi!

Nak balik kampong pun aku pikir 2 -3 kali, sbb bnyak gila kerja tak siap. Ni nak kahwin pulak. Oh man… besarnye tanggungjawab.

aku yakin aku ni belum bersedia. Aku selesa dengan tanggungjawab yg aku ada sekarang. Tanggungjawab seorang anak, seorang kakak dan seorang pelajar. Kang kalau aku kawen skrang, ada harapan boleh jadi macam ni…

“kak, nina kat TBS sorang2 ni. Boleh amik nina tak?”

“alah, kau balik la sendiri. Bukan ada orang jahat pun kat situ. Dah2, jgn kacau aku. aku nak masak ni”

(alah, sedihnya. Kesian adik aku. selagi aku mampu, jgn harap nak naik LRT atau KTM sorang2)

“kakak, semalam nina telefon nisak. Dia teringin nak makan KFC. Kesian dia. Kan dia dah lama tak balik. sabtu ni jom kita keluar sama2 kak”

“tak boleh! Aku ni kan student, tp dah kahwin. Jadi sabtu ahad je lah masa free utk aku kemas rumah, basuh baju, masak, cabut rumput (dh mcm tukang kebun pulak). Kau nak makan KFC ke, McD ke, pergi sendiri. Pergi la naik bas, pastu naik KTM, naik teksi ke apa. pandai2 le nak idup”

Kalau aku berubah jadi kejam macam ni, memang aku hempuk kepala aku kat dinding banyak2 kali. Kurang ajar. Aku baca diolog konon2 aku kat atas ni pun aku rasa geram.

Jangan lah hilangkan belas kasihan aku ke atas adik-beradik dan kedua ibubapaku Ya Alllah. Amin.