Wednesday, March 27, 2013

21 tahun....

26 MAC 1992....

lahirnya seorang bayi perempuan yang comel ke dunia ini~ semua orang sayang dia (okey perasan) sebab dia anak perempuan pertama yang lahir selepas kedua-dua abangnya, hafiz dan hanis.

memang kelahiran anak perempuan dalam keluarga kecil tersebut amat dinanti-nantikan oleh mereka sekeluarga, terutama sekali bapanya~ anak perempuan kan lagi comel dari lelaki....

26 MAC 1999

masa ni, budak perempuan tu dah berumur 7 tahun. jadi dia dah tahu maksud sambutan hari jadi. kawan-kawan sekolah dia ramai yang bercerita tentang hadiah hari jadi yang mereka dapat.

"hari jadi aku kali ni, aku nak colour LUNA yang 24 batang tu! yang ada colour pink dengan kelabu. apa nak jadik, jadik lah"
(angan-angan budak darjah satu)

hari yang dinanti-nantikannya pun tiba....

"mak, mak. akak nak colour luna yg besar tu. hari ni kan hari jadi akak"

"e'eh. hari ni berapa hari bulan?"

"16/6/1999"

"hari ni hari jadi nisak la. bukan akak! birthday akak 26 MAC"

krikkrikkrikkk..........

abang2 budak tu yang masa tu tgh tgk cerita goku pun terdengar perbualan budak tu dgn mak mereka. apa lagi. memang budak tu kena bahan la selama seminggu.....

"HAHA. miza sengal. hari jadi sendiri pun tak tau. ee, tak malu. hari jadi nisak, dia yg nak hadiah"

"DIAMLAH BA ALIP BA YA!"

jadi selama ni sia-sia je lah budak tu tiap-tiap hari jadi sukarelawan tulis tarikh kat papan hitam kelas dia semata-mata tak nak terlupa "hari jadi" dia... 16/6/1992

sejak dari hari tu, budak tu dah taknak pasang niat pun pasal hadiah hari jadi. sampai sekarang budak tu tak pernah ada kaler luna 24 batang yang ada kaler pink dgn kelabu tu.......

tapi lepas kejadian tu, mak budak tu akan beli kek untuk anak perempuan sulong dia tu. taknak budak tu lupa tarikh lahir sendiri. tapi dah besar2 ni pandai2 la kau sambut birthday dgn kawan2 engko~

25 MAC 2012

sambutan hari jadi yang paling tak disangka-sangka.... baca la kat sini.... "serunuk tak terkata"

25 MAC 2013

kali ni, aku kurang mood  nak sambut birthday. dpt free call tp tak dapat call mak aku kat mekah nun. lagi satu, minggu ni bnyk pula assignmentnye ye. (ooo, update blog sempat pula)

selalu btol umur aku ni bertambah sebelum masanya. belum pukui 12, kek dah mari....

hari isnin lepas, pukul 9.40 mlm, aku dah tertidur. aku set jam pukul 10.40. tapi mcm biasalah. matikan bunyi jam, sambung tido..... roommates aku takde kat bilik hari tu. diorang puasa. jadi berbuka la kat Midvalley.. (kelas kau bdk2 UM, nak berbuka bkn kat calang2 tempat tu)

tiba-tiba aku terdengar org bukak pintu, lepas tu tutup balik.. kuat bunyi dia. terkejut aku. tp aku tido la balik.....

seminit kemudian, mereka masuk bilik dgn kek beserta lilin yg menyala.... *aku rasa kalau time tu lampu bilik tak bukak lagi romantik kot. tp sbb penakut tido sorang2, aku bukak la lampu~

aku pun... "eh, eh... kek. wahhh" (speechless + mamai)

speechless la. kalau kwn2 aku mcm pia dll tu boleh la diorng nk sambut, sbb diorang ingat birthday aku. tak sangka pulak diorang sambut birthday aku. uhuuhuuuu~

uuu, terharu beb.

lepas tu apalagi. bergamba ler... dengan tak cuci muka, muka bgn tido. emm, takpe lah.. janji rock!


tq roommates

tq akak2 dental yg meriah !!!!! emm, sebenarnya kitorang dah sebaya la ni. 21 tahun





dah bergamba baru boleh potong kek. hehe =)
bertuah nye dikelilingi orang2 yang cute2, baik2, pandai2. dan yang paling penting, bakal doktor. OHOOO~

THANK YOU akak2 yang ku sayangi sekalian. tahun depan tak tau lah dpt duduk kolej ni lagi ke tak. sobsob... *fobia kena reject kolej*

best moment in astar.. ^^,