Saturday, February 16, 2013

tido...

danial senyap bila dia tido je. masa dia jaga, jgn harap budak ni nak duduk diam. *bdk bijak mmg aktif... HOOHOOO~


Thursday, February 14, 2013

tekun menonton iklan....

jom weyh, jom wei tgk gamba danial yang tekun bila iklan2 susu atau pampers bayi ditayangkan di televisyen...





iklan dah habis, campak remote, amik bateri, makan.... hei la danial~

gamba lain pula....

muka bersungguh
muka ngantuk dak danial

bangun tido, tepuk tangan. maklang tak berani dekat walaupun danial comel sgt, sbb apa? sbb pampers danial dah penuh~ hoho


bergamba bersama kereta hadiah birthday danial daripada DATO' HARUN...



danial pun lesen P mcm maklang la...


oh, handsome boy... 

sepetang bersama

kurang mood nak membebel. mood nak letak gmba je.

separuh masa pertama: kenduri kawen....


bagus la pengantin perempuan, pakai jubah <3
separuh masa kedua: balik kg



separuh masa ketiga (ada ke istilah ni? lantak le) --> makan2, atuk belanja. hehe






memori kamera aku dipenuhi dgn gmba2 yg diambil oleh dak kecik ni. sekejap je da dpt tangkap mcm mana nak guna "paulina" aku.. bijak2 =)


Sunday, February 10, 2013

reunion geng mamak....

dah mcm nama gangster da. geng mamak (GM). tp kitorg bukan gengster eh. tgk muka2 suci ni, mana boleh jadi samseng tu sume. ok la, sedikit pengisian pasal GM ni.... (ceh, pengisian beb)


GM ni terdiri daripada lapan orang asli. eh, org asli pulak. 8 org ahli. ketuanya tu hah. yg comel sejak azali lagi. (tuan punya blog) HOHO~

dari kiri, mya, paie, mira, pinok, mimie, bieha, sue, dan wakrox.
(pelik2 je nama)

aktiviti kitorg kat asrama, mcm biasa lah, buat kerja sekolah bersama-sama, bincang apa2 topik yg tak paham dan lain2 aktiviti yg bermanfaat untuk pelajaran.

 ha, tu untuk 25 minit pertama masa prep. masa2 seterusnya digunakan untuk membahan corak2 baju kurung yg dipakai antara satu sama lain. sama ada corak2 baju tu serupa dgn kain alas meja mahupun kain langsir di rumah. kadang2 benda kecik pun dah boleh buat kitorg ketawe tak ingat dunia.

aku rindu saat2 aku ketawa sampai sakit tulang rusuk :')

bajet da samseng sangat la tu. (baju outing)

paie muka bdk2. skrang da matang. da ada boifren ala2 korea beb.

lepas SPM je, aku langsung tak jumpa da bdk2 ni. kecuali paie la. sebilik kot masa pasum dulu. bieha pulak aku jumpa dia masa first year. masa aku jln2 kat UPM.

lepas je abis SPM dulu, aku pikir mcm ni...

"mungkin dah kerja nnti baru aku jumpa korang balik. jgn harap la mak aku nak lepaskan aku ke jb jumpa korang... oh, sedihnya hati"

tiap2 kali cuti, aku mesti ckp dgn mak aku mcm ni...

cuti midsem1 PASUM...
"mak, akak nak jumpa kwn2 kat jb boleh tak?"
"jangan mengada-ngada"

cuti sem1 PASUM..
"mak, kat jb ada reunion... akak join boleh tak?"
"tak boleh!"

cuti raya...
"mak, mak. akak rasa mcm nak beraya kat rumah kwn2 kat jb la... agak2 bole tak?"
mak----> senyap, tanda amaran "jgn berani2 nak tanya soalan yg sama"

cuti2 seterusnya, aku tanya lagi, jwpn tetap sama.

sampai lah cuti sem1 tahun 2.......

"mak, akak ada reunion kat jb . dah nak dekat 4 tahun mak tak jumpa kwn2 akak ni. wakrox, bieha...blabla" (buat muka kesian giler, giler kesian punya)

"pegi naik apa?" (akhirnya.........)

"naik ni......"


kotor gila kereta abg aku. kena la naik kereta ni. dah tu kesian la kat adam mukhriz aku tu. pegi balik KL, pastu nak ke jb pulak. penat la beliau.

basuh la, apa lagi~

walaupun adam mukhriz sentiasa bersih berkilat, tp beliau perlukan rehat yg mencukupi ok...

akhirnya, dapat jgk jumpa GM... tapi mya dgn sue tak dapat hadir sama.




HAHAHA. masing2 bajet comel~

org penting ni...
kesian dak nisak. aku paksa dia ikut aku, sbb aku tak ingat jln.


ok, dah cukup 6 org
kau nak ckp apa bieha? ha? ha?








sayang GM. bila dapat kumpul lagi ek? 4 tahun lagi kot. hehe

hah


If someone cries on little things, she is innocent & soft-hearted
nak cakap diri sendiri innocent & soft hearted la ni . pirraaahhhh~

hari jadi danial

weeeeee...... happy birthday danial.... ok la, sebenarnye birthday danial 14hb januari aritu. tp kitorg sambut 27hb, sbb time tu sume org dah cuti kan. yelah, 14hb tu kan belum habis exam lagi. (dak nina je tak dapat join sbb beliau beli tiket bas awal). dan knp baru hari ni baru nak update pasal birthday danial? kan dah lama tu.

maklang mintak maap le bnyk2 danial. maklang ni busy orgnye. la ni baru la sempat nak belek balik gamba2 time birthday danial tu. hihi~


danial ni sangat bergaya la. mungkin nnti akan menjadi kegilaan bayi2 perempuan seusia danial.


maklang danial haruslah bergamba dgn danial yg kacak lagi bergaya ni dak?



comel tak kek danial? comelnye, comelnye =D


danial jgn suka sgt danial. bukannye danial yg mkn kek tu sume. mestilah kami yg cukup umur ni yg sebat semua kek danial.

"dah tu, danial nak makan apa?"

"makan ni......"



pizza tu cuma untuk bergamba je danial ye. skrang danial kena makan bubur tambah sayur hancur dgn segala jenis olive oil tu hah. nnti danial da besa sikit, maklang pun dah kaya banyak, maklang belanja danial makan segala jenis pizza yg danial nak.



banyak gamba danial yg comel2. comel sgt2. sampai kadang2, bila tgk gamba danial, rasa mcm nak berjoget sambil menyanyi "danial, danial yang comel, oh comel, oh comel....."

*ok, dah start puji anak sedara sendiri.

tapi aku ngaku, aku bkn mak sedara sejati. ye le, asal danial wangi je, baru nak ckp..

 "sayang, sayang, danial comel, comel"

bila pampers dia penuh, terus je lari. biar dak danial ni dgn umi atau ayah dia. tapi dak nisak adalah mak sedara danial yg sejati. sbb dia pernah basuh berak danial. syabbas betti